BOSTON 12 Jan. - Malaysia akan berbincang dengan Amerika Syarikat bagi menjadikan Program Sukarelawan Amerika Syarikat (American Peace Corps) yang bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat ASEAN menjadi kenyataan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan membuat susulan berhubung perkara tersebut pada pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton Jumaat ini di Washington.
Katanya, ia bagi membolehkan pelan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuannya dengan Presiden AS Barack Obama September lalu dapat dimulakan segera.
''Setakat ini respons yang diterima berhubung program Peace Corps baik dan saya akan mengambil peluang sewaktu bertemu Hilarry untuk membuat susulan, bila rancangan itu dapat dimulakan," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Four Seasons di sini.
Muhyiddin yang tiba sejak kelmarin adalah dalam rangka lawatan kerja enam hari ke Boston dan Washington, AS.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan untuk menghidupkan semula program pembelajaran bahasa Inggeris yang sangat popular pada 1960-an itu adalah sebahagian daripada isu-isu pendidikan yang akan dibincangkan pada pertemuan dengan Hillary.
Selain itu kata Muhyiddin, beberapa isu lain akan turut disentuh antaranya hubungan dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan .
Katanya, setakat ini hubungan dua hala itu sudah menampakkan peningkatan dalam aspek penglibatan syarikat-syarikat AS di Malaysia.
Menurutnya lagi, peluang yang sama akan digunakan untuk berbincang mengenai masalah dan perkembangan terbaru di Palestin serta Afghanistan.
Peace Corps merupakan program yang begitu popular sekitar 1960-an yang bertujuan membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masyarakat Asia Tenggara.
Selain itu ia juga bertujuan menyediakan bantuan teknikal, membantu rakyat di luar AS memahami budaya negara itu dan membantu rakyat negara tersebut memahami budaya negara lain.
Saranan untuk melaksanakan semula program itu dicetuskan oleh Najib sewaktu pertemuan dengan Obama pada Mesyuarat ASEAN-AS Kedua sempena Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York September lalu.
Perdana Menteri menyarankan agar Peace Corps dilaksanakan semula apabila Presiden AS itu cuba memikirkan apakah inisiatif jangka pendek segera yang boleh dilaksanakan AS tanpa melibatkan agenda rumit bagi menjalin hubungan akrab di rantau Asia Tenggara.
Obama yang tertarik dengan pandangan Perdana Menteri menjelaskan bahawa mendiang ibunya, Ann Dunham pernah menjadi guru bahasa Inggeris semasa di Indonesia.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak pasti bentuk program yang akan dilaksanakan tetapi Malaysia bersedia membiayai sebahagian program untuk mendapatkan guru-guru berkelulusan dari AS bagi mengajar matapelajaran itu. – Utusan
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
-
Oleh Azrul Affandi Sobry, azr@bharian.com.my Tarikh: 2010/12/13 Siri 2 Tanah tidak subur di Gerogol punca merantau cari kawasan baru PONOROG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan