RIYADH 8 Jan. - Arab Saudi berpendapat Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang paling maju daripada segi pendidikan termasuk pendidikan dan latihan vokasional, kata Duta Besar Mutlak dan Istimewa Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Omar Al Saggaf.
Beliau berkata, ini terbukti melalui jemputan yang diterima isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyampaikan ucaptama bertajuk, Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Arab Saudi dari 8 hingga 10 Januari.
"Arab Saudi mempunyai keupayaan kewangan dan fizikal, tetapi dalam pendidikan dan latihan, mereka melihat Malaysia lebih ke hadapan.
"Dengan jemputan yang diterima oleh Rosmah untuk memberi ucaptama pada persidangan antarabangsa itu, ia mungkin boleh memberi impak yang lebih tinggi pada hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi yang sudah terjalin sejak kita merdeka lagi," katanya kepada wartawan Malaysia di Kedutaan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata, Arab Saudi juga kagum dengan aktiviti pendidikan awal di bawah program Permata Negara yang diilhamkan oleh Rosmah dan kemungkinan akan mencontohi program itu pada masa depan untuk generasi mudanya.
Persidangan tiga hari itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi.
Sementara itu, Rosmah juga dijadual menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Menerusi MoU itu, USIM dan Mawhiba akan bekerjasama membangunkan kurikulum program Permata Insan yang menggabungkan pendidikan, alam sekitar, sains dan matematik dengan al-Quran dan hadis.
Lawatan Rosmah ke Arab Saudi adalah atas jemputan Timbalan Menteri Pendidikan, Nora Abdullah Al-Fayez yang merupakan wanita pertama di Arab Saudi dilantik sebagai timbalan menteri. – BERNAMA
Source: Utusan Malaysai Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 9 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu. Semalam, 23 September 2010, penulis dapat bersama-sama beramai-ramai dengan sebahagian dari kaum keluarga Kumpulan Met...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
-
Universiti Damascus Syria. University Aleppo Syria Mutakhir, 17:50:21 PM PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil k...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Oleh Azrul Affandi Sobry, azr@bharian.com.my Tarikh: 2010/12/13 Siri 2 Tanah tidak subur di Gerogol punca merantau cari kawasan baru PONOROG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan