Tarikh siar: 2011/01/28
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah benar negara.
Beliau berkata, sekiranya pengalaman dahulu yang dialami dilupakan atau diketepikan, tidak dapat tidak, pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak
akan menjadi lebih baik."Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira.
"Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah," katanya dalam entri terbaru dalam blognya chedet.co.cc hari ini.
Beliau memberi contoh dakwaan berkenaan penduduk asal Semenanjung yang bercanggah dengan kebenaran.
"Apakah kerana sensitifnya perkara itu maka tidak akan kita sebut berkenaan penduduk asal Semenanjung, berkenaan orang asing yang menduduki Semenanjung, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka.
"Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu," katanya.
Dr Mahathir berkata, banyak lagi kebenaran sejarah yang boleh dianggap sensitif iaitu sensitif kepada Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan suku kaum lain.
"Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis, maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh penuntut," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau sudah membaca buku teks sejarah dan mendapati banyak peristiwa penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku berkenaan.
"Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran," katanya.
Dr Mahathir berkata, satu daripada hasil daripada mata pelajaran sejarah ialah masyarakat lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah.
"Jika dahulu sistem raja berkuasa mutlak kerap membinasakan negara, maka sistem itu diganti dengan sistem pemerintahan oleh rakyat. Tanpa pengalaman dalam sejarah maka pembetulan cara pemerintahan negara tidak akan dapat dibuat," katanya.
Beliau berkata, semua golongan masyarakat, belajar daripada pengalaman dan jika zaman ini lebih baik iklimnya dari dahulu sebabnya ialah kerana kesilapan dahulu tidak lagi diamalkan.
"Kita telah belajar daripada pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian daripada sejarah," katanya.
Memetik kata-kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika Syarikat,
Dr Mahathir berkata: "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali". – BERNAMA
Source: Berita Harian Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
By Idris Ismail Talu Pisang kaki, atau 柿., atau 柿子, atau 감 atau persimmons. Buah yang berbentuk seakan-akan buah tomato atau terong ini dis...
2 ulasan:
Saya bersetuju dengan pandangan Dr M. Kita tak perlu sensitif dengan sejarah kita. Sebelum kita disebut orang melayu dan beragama Islam, siapa kita?. Bukankah kita dengan Orang Asli datang dari satu rumpun, sekadar mereka memilih tinggal dihutan kerana tidak mau menganut Islam.
Saya telah bertemu dengan seorang Batin Orang Asli yang mendakwa keturunannya dari Pagar Ruyung. Datuk neneknya masa itu belum Islam. Dia mengaku puak gabaknya masih ada dan sudah menjadi orang melayu.
Dalam hal ini, untunglah Raja-Raja kita tidak sensitif dengan apa yang metreka buat sebelum Negara ini diambil alih oleh rakyat dan diperintah oleh rakyat.
Orang India membangkit hal sensitiviti ini kerana mereka cuba menjadi orang barat, tetapi warna kulit mereka tidak boleh bersalin menjadi putih.
Terima kasih Tuan Haji Hashim Zabidi,
Kadang-kadang memang kita tidak peduli dengan sejarah. Sejarah orang yang terdahulu dari kita, sejarah para anbia, dan sejarah para Rasul Allah.
Kita cukup sedih melihat orang sekarang yang memandang enteng tentang sejarah asalkan hajat mereka tercapai. Nampaknya kita hampir-hampir menyerupai saudara-saudara kita di Asia Barat, boleh diperkotak-katikkan oleh musuh bersama.
Kita kelihatannya tersengguk-sengguk tafakur dalam masjid - bukan untuk bersatu menegakkan Islam, tetapi untuk jatuh-menjatuhkan sesama Islam.
Kenapa begitu susah sekali untuk kita bersatu - mengembeling tenaga bersama untuk kemajuan bangsa, negara dan agama?
Wassalam.
Catat Ulasan