
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 1 Oktober 2010
Jaga imej baik jemaah Malaysia
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ARSHAD HUSSIN BAKAL-BAKAL haji Malaysia khususnya dari Sabah diingatkan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji Malaysia semasa mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Mekah. Ini penting untuk menjaga nama baik Malaysia sebagai negara Islam yang disegani dan jemaah hajinya yang bersopan santun dan berhemah. Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Sakaran berkata, sebab itu Kerajaan Arab Saudi seringkali memuji jemaah haji Malaysia sebagai jemaah haji yang mempunyai akhlak terpuji.
Oleh itu katanya, bakal-bakal haji negeri Sabah diharap terus mengekalkan rekod terbaik yang dipegang selama ini demi menjaga imej baik Malaysia. "Pelaksanaan ibadat haji memerlukan kekuatan jasmani atau fizikal yang baik. "Ia memerlukan pergerakan yang banyak seperti mengerjakan tawaf, saie, melontar jamrah. Justeru, jemaah haji hendaklah sentiasa menjaga kesihatan," katanya. Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata demikian semasa merasmikan Kursus Haji Perdana Musim haji 1431H/2010M Peringkat Negeri Sabah bagi kawasan Pantai Barat di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Hadir sama sempena majlis itu, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri merangkap Ahli Majlis Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji Sabah, Mokthar Yassin Ajam; Pengurus Besar bahagian Bimbingan (Haji), Tengku Aziz Raja Abdullah dan Pengarah Tabung Haji Sabah, Mohd. Norber Kassim. Kursus Haji selama dua hari bermula 18 September itu disertai lebih 600 bakal haji dari kawasan Pantai Barat Sabah. Antara lain ia bertujuan melahirkan jemaah haji yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam sudut ibadat, khususnya ibadat haji sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah. Ia juga bagi mendedahkan para peserta kepada suasana dan persekitaran jemaah yang ramai semasa melaksana ibadat haji di samping memberi maklumat mutakhir berhubung pengurusan haji sama ada di tanah air atau di tanah suci Mekah. Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Ismail Talu Mas Cotek - Ficus deltoidea . Mas Cotek atau nama sebenarnya “Emas Cotek” merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
ادريس اسماعيل تالو Idris Talu Pintu gerbang yang indah ini boleh kita temui apabila kita memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar dari arah L...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online . Oleh NAZMIL NASIRUDDIN, pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 12 Julai - Tiada institusi pengajian tinggi awam ...
-
By Idris Ismail Talu. Di kalangan jemaah haji dari Malaysia, masjid ini dikenali dengan nama Masjid Kucing. Masjid Kucing dikatakan mendapat...
2 ulasan:
semoga semua bakal haji/hajjah Malaysia beroleh haji mabrur
rindu nak ke sana lagi!
Cikgu Sonata,
Ya, begitulah doa kita bersama, semoga sabar dalam menghadapi dugaan dari Allah semasa mengerjakan ibadah haji di Makkah.
Insya Allah, jika diizinkan Allah, kita akan sampai lagi di sana.
Catat Ulasan