Sumber: Akhbar Sinar Harian Online.
Program titian budaya eratkan hubungan Malaysia - Brunei: Rais
KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Brunei Darussalam menerusi jalinan pertukaran program kebudayaan dan kesenian antara dua negara, khususnya menerusi program Titian Budaya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, menerusi program itu, kedua-dua buah negara dapat berkongsi wadah kebudayaan, kesenian dan warisan secara pengisian program seperti pembudayaan bahasa, latihan bersama akademi seni budaya, pertukaran bahan bacaan antara perpustakaan, penulisan dan seni budaya.
"Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala itu termasuk dengan jalinan kerjasama antara stesen televisyen iaitu RTM dan TV Brunei menerusi projek pertukaran dokumentari yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei Datuk Paduka Awang Haji Hazair Abdullah di sini, hari ini.
Terdahulu, berlangsung perbincangan dua hala bagi meneroka kerjasama meluas dalam meningkatkan hubungan budaya antara dua negara menerusi Program Titian Budaya.
Mengenai pertukaran budaya di kalangan negara Asean lain, Rais berkata, setakat ini Malaysia hanya mengadakan pertukaran program kebudayaan dengan Brunei dan Indonesia manakala dengan Singapura hanya menerusi pertukaran persembahan kebudayaan.
"Bagi negara-negara Asean lain seperti Vietnam, Kemboja dan Thailand, kita hanya ada hubungan dalam konteks Asean semata-mata, berbanding Brunei dan Indonesia, kedua-dua negara itu amat rapat hubungannya dengan kita dan ia perlu terus disuburkan," katanya.
Program Titian Budaya Malaysia-Brunei diadakan buat julung kalinya pada tahun 2006 di Brunei dan kunjungan balas program itu tahun ini akan diadakan di sini, mulai esok hingga 17 Okt ini.
Pengisian program itu termasuk persembahan kesenian budaya dari Brunei seperti nyanyian tradisi sebanyak 60 peratus dan Malaysia 40 peratus.
Sementara itu, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan bagi memperkembangkan lagi program yang menjurus kepada kesenian dan kebudayaan antara dua negara ini.
"Ini termasuk memberi ruang dalam mengadakan latihan-latihan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai kami yang akan diberi secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata, pertukaran budaya ini juga selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua hala, turut memberi ruang yang besar kepada generasi masa kini untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan meneruskan kebudayaan kedua-dua negara sebab ia aset yang baik untuk mereka membina bangsa.
"Di samping berusaha menghadapi gelombang arus globalisasi, generasi muda perlu tahu kepentingan asal usul budaya kerana ia amat penting bagi mereka membina negara bangsa yang lebih mantap pada masa hadapan," katanya.
Source: http://www.sinarharian.com.my/bterkini/6827.asp
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan