Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh siar: 13 Oktober 2010.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera "Indomie" yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bahan itu yang dikenali sebagai "hydroxyl-benzoic acid methyl ester" mendapat pengesahan penggunaan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan sebuah jawatankuasa pakar bahan makanan antarabangsa yang ahlinya terdiri daripada pakar makanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Bahan pengawet ini selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang memasuki hari ketiga hari ini
Liow berkata, bahan pengawet itu yang berbentuk garam serta sering terdapat dalam produk snek dan makanan ringan mempunyai amaun yang boleh dimakan sehingga 10mg/kg berat badan sehari tanpa memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.
Sabtu lalu, laman web http://news.pts.org.tw/ melaporkan pihak berkuasa Taipei Country Health Bureau mengesan kehadiran bahan pengawet itu dalam sos soya yang menjadi satu daripada perencah "Indomie".
Liow berkata, Kementerian Kesihatan turut membuat ujian terhadap Indomie yang dijual di pasaran tempatan untuk dianalisis dan hasil kajian daripada 30 sampel menunjukkan keputusan negatif.
"Melalui pemantauan yang dibuat memang tidak ada bahan makanan Indomie yang tercemar dalam negara kita dan begitu juga dengan produk makanan lain yang diimport," katanya. – BERNAMA
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Indomiedisahkanselamatdimakan_Liow/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 13 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan