KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kerajaan didesak supaya meneliti semula pelaksanaan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Baik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa bakal membunuh industri automotif tempatan.
Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda), Armin Baniaz Pahamin berkata, pihaknya akan bergabung tenaga dengan semua pengedar dan vendor Proton, Perodua dan Naza Kia untuk membentuk satu gabungan dalam memperjuangkan isu tersebut.
Beliau berkata, Peda begitu serius dalam menentang pelaksanaan garis panduan itu terutama dalam industri automotif kerana ia telah menjejaskan seluruh ekosistem sektor tersebut.
Malah, katanya, penguatkuasaan garis panduan itu juga tidak selari dengan agenda kerajaan dalam membangunkan industri tersebut yang bakal menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Bukan itu sahaja, bahkan pelaksanaan garis panduan tersebut juga bertentangan dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk membangunkan industri automotif negara.
‘‘Kita tidak payah bercakap pasal industri automotif kalau pelaksanaan garis panduan ini diteruskan.
‘‘Lebih baik industri automotif yang dibangunkan ditutup sahaja,’’ kata beliau dalam nada yang keras kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, Peda sudah pun memberi surat bantahan rasmi kepada BNM berhubung pelaksanaan garis panduan itu dan pertemuan dengan Bank Pusat itu dijangka berlangsung pada Jumaat ini.
Armin berkata, pihaknya akan mengemukakan surat yang sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Kewangan supaya rintihan industri automotif negara diberi perhatian sewajarnya.
Mengulas lanjut, Armin berkata, Peda wajar mempersoalkan penguatkuasaan garis panduan itu kerana industri tersebut memang bergantung sepenuhnya kepada pasaran domestik.
Tegas beliau, Malaysia bukan seperti Thailand yang mengeluarkan kereta kira-kira dua juta setahun untuk tujuan domestik dan luar negara.
‘‘Macam Proton hanya menghasilkan sebanyak 30,000 setahun, jual dalam 25,000, bukan besar pun. Itu belum dikira jangka hayat penggunaan kereta di Malaysia antara 10 hingga 15 tahun.
‘‘Dengan cabaran-cabaran lain yang perlu dihadapi oleh industri automotif, pelaksanaan garis panduan oleh BNM memang menambah ancaman kepada skala ekonomi sektor ini.
‘‘Industri automotif tempatan seperti Proton dan Perodua tidak boleh bergantung kepada eksport, pelaburannya terlalu besar.
‘‘Tetapi, kalau di negara sendiri pun sukar ‘hidup’ dengan pelbagai peraturan, lebih baik tutup sahaja industri ini,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Armin menjangkakan unjuran jualan kereta pada bulan Januari 2012 sebenarnya lebih teruk daripada yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) semalam.
Dakwanya, jumlah yang dilaporkan oleh MAA itu telah mengambil kira jumlah tempahan yang dibuat pada Disember tahun lalu.
‘‘Kalau ditolak dengan tempahan bulan lalu, sudah pasti jumlah Januari lebih buruk,’’ katanya.
Jelas beliau, jangkaan itu berdasarkan pengalamannya sendiri yang melakukan proses permohonan membeli kereta baharu bagi para pelanggannya.
Daripada 10 borang yang dikemukakan kepada pihak bank, tujuh borang akan ditolak sebelum atau selepas permohonan.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan