Oleh ANGELINA SINYANG, pengarang@utusan.com.my
PETALING JAYA 22 Feb. - Akibat tertarik dengan tawaran dividen yang lumayan, 1,200 pelabur di seluruh negara kerugian antara RM70,000 hingga RM100,000 setelah mendakwa ditipu oleh sebuah syarikat pelaburan hartanah di Alberta, Kanada yang beroperasi sejak enam tahun lalu.
Mangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum, usia dan pekerjaan mengetahui mengenai skim pelaburan palsu itu melalui iklan yang disiarkan dalam beberapa majalah perniagaan tempatan dan luar negara terkenal.
Syarikat berpangkalan di Kanada yang mempunyai cawangan di Lorong Dungun, Bukit Damansara sebelum berpindah ke Bangsar menawarkan pulangan keuntungan atau dividen antara 60 hingga 100 peratus kepada pelabur hartanah yang kononnya bernilai tinggi setelah dimajukan sebagai kawasan perumahan, perlombongan minyak dan emas.
Mangsa menyedari mereka diperdayakan baru-baru ini apabila gagal memperoleh bayaran dividen dan mendapatkan strata bagi tanah yang dijanjikan walaupun sudah beberapa tahun membuat pelaburan.
Difahamkan, 1,200 rakyat tempatan termasuk Sabah dan Sarawak menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan yang membabitkan kerugian RM76.5 juta.
Bagaimanapun, jumlah kerugian itu belum termasuk mangsa dari negara-negara lain kerana syarikat palsu itu turut beroperasi di seluruh dunia.
Beberapa pelabur yang kecewa kemudian tampil membuat laporan polis kelmarin dan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang berjaya mengumpul lebih 60 mangsa untuk sama-sama hadir mengadakan sidang akhbar bagi mendedahkan kegiatan penipuan itu di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor di sini hari ini.
Salah seorang mangsa, Belinda Chin, 34, mendakwa, dia mengeluarkan wang simpanan RM70,000 untuk membeli lot tanah ditawarkan setelah mendengar seminar anjuran syarikat berkenaan pada 2007.
"Dalam seminar itu, kami diyakinkan tidak akan mengalami sebarang kerugian jika membuat pelaburan dan dijanjikan pulangan keuntungan 60 peratus jika usia pelaburan mencecah dua tahun, diikuti 60 peratus selepas empat tahun dan 100 peratus bagi tempoh melebihi lima tahun.
"Saya bertambah yakin apabila ditunjukkan iklan beserta gambar menyakinkan mengenai syarikat dan skim pelaburan berkenaan dalam beberapa majalah terkenal," katanya.
Selain itu, kata Belinda, dia juga tidak curiga kerana syarikat berkenaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dijanjikan bahawa insurans luar negara akan menanggung ganti rugi sekiranya berlaku perkara tidak diingini nanti.
Belinda yang merupakan pengarah sebuah syarikat berkata, dia hanya menyedari ditipu pada Januari lalu apabila pihak syarikat masih berdolak-dalik apabila didesak memberi hak strata tanah dan bayaran dividen walaupun sudah beberapa kali berjanji berbuat demikian.
Katanya, dia kini bimbang kehilangan wang yang dilaburkan apabila pejabat syarikat berkenaan sudah ditutup dan wakilnya di Malaysia gagal dihubungi, manakala Kedutaan Kanada di negara ini enggan membantu dengan alasan ia merupakan kes sivil dan pihak kerajaan enggan terlibat.
Seorang jurutera eksekutif yang sudah bersara, Mat Noor Hanid, 59, berkata, dia pernah melabur dalam beberapa skim pelaburan sebelum ini dan memperoleh keuntungan telah dipujuk membeli dua lot tanah bernilai RM90,000 oleh syarikat terbabit setelah dipelawa oleh seorang rakannya yang bekerja sebagai jurujual.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Theng Book berkata, pihaknya akan membantu mangsa membuat laporan kepada polis dan Bank Negara Malaysia bagi menyiasat kes berkenaan, selain menghantar surat kepada Timbalan Menteri Kewangan meminta agar diwujudkan undang-undang sebagai garis panduan mengenai skim pelaburan hartanah di luar negara.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan