Awang Selamat
Awang tertarik dengan rencana tulisan seorang pembaca, Shahbudeen Jalil dalam ruangan Islam Global, sisipan harian Mega, Utusan Malaysia, 3 Februari lalu.
Beliau memaparkan pengalamannya melawat Xinjiang dan bagaimana pihak berkuasa di sana memberi penekanan kepada tulisan Jawi. Mengikut sejarah, majoriti penduduk autonomi Xinjiang berasal dari Turki. Islam tiba di wilayah itu lebih 1,000 tahun lalu (934 Masihi).
Menurut Shahbudeen, tulisan Jawi di wilayah itu yang menjadi asas kepada bahasa Uighur bukan sahaja masih kekal malah diagungkan. Tulisan tersebut dapat dilihat di papan-papan tanda jalan, iklan, poster mahupun dalam kad pengenalan.
Sambil Awang senyum tanda syukur kerana tulisan tersebut masih terbela di Xinjiang, Awang tertanya-tanya tentang nasib tulisan Jawi di Malaysia.
Suatu ketika tulisan Jawi menjadi skrip ilmu, komunikasi dan perantaraan yang penting di nusantara terutama di tanah air kita. Tetapi ia makin pupus dan hari ini tulisan tersebut sudah tidak mempunyai nilai komersial.
Awang tidak mahu mengulas panjang tentang faktor-faktor semakin lenyapnya Jawi. Begitu juga tentang lesunya komitmen untuk menyelamatkan tulisan itu. Selagi Melayu tidak sayang dan pertahan budaya, selagi itulah terlerai satu demi satu khazanah bangsa termasuk Jawi.
Persoalannya apakah masih ada harapan untuk memasyarakatkan semula tulisan itu atau mungkin ia akan lebih cepat berkubur?
Jawapannya bukan pada Awang tetapi pada kita semua.
Source: Mingguan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 5 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Sumber: Berita Harian Malaysia O nline. Tarikh: 08 November 2010. Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Muhamad Fairoz Azizan, bhnews@bharian.com.my...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar : 11 Oktober 2010. Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL, FARABI SYED SHEIKH AL-JABRI, RIZANIZAM HAMID dan NORA...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Stesen keretapi Batu Gajah, sebuah stesen baru menggantikan stesen keretapi yang lama yang terletak berhampiran dengan ...
-
Idris Talu Kerabu daging kerbau cara urang Rao atau "Asam Koba". Kerabu daging kerbau cara urang Rao ini bias...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan