TOKYO 9 Feb. - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini memberi amaran kepada Jepun bahawa hutang tertunggak dan defisit fiskal negara itu tidak stabil dan perlu ditangani untuk mengelakkan berlaku masalah pada masa depan.
Timbalan Pengarah IMF, Naoyuki Shinohara berkata, keadaan hutang dan defisit fiskal Jepun tidak stabil untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Minggu lalu, firma Standard & Poor menurunkan penarafan kredit negara itu kerana menyifatkan Jepun tidak mempunyai pelan yang jelas untuk mengurangkan hutangnya.
Standard & Poor telah menurunkan penarafan Jepun kepada AA- berbanding AA disebabkan kerajaan Jepun tidak memiliki strategi terbaik bagi mengurangkan hutangnya berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi mana-mana negara membangun.
''Sekiranya Jepun terus berada dalam situasi fiskal semasa, ia akan menyebabkan negara itu mengalami masalah pada masa depan,'' katanya.
Shinohara berkata, adalah penting untuk Jepun melaksanakan konsensus dalam tempoh terdekat dan melaksanakan perjanjian untuk pemulihan fiskal.
Bagaimanapun, beliau berkata, Jepun tidak akan mengalami sebarang masalah dalam tempoh singkat kerana ia mempunyai simpanan yang begitu banyak.
Peningkatan bilangan penduduk warga emas, deflasi dan kelemahan ekonomi menyebabkan kerajaan Jepun sukar untuk menangani masalah pinjaman tinggi mencecah 200 peratus daripada KDNK.
Hampir satu pertiga perbelanjaan diperuntukkan bagi sistem jaminan sosial ekoran peningkatan jumlah golongan tua.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mahu memberi keutamaan terhadap perubahan dalam sistem jaminan sosial dan sistem cukai, tetapi parti pembangkang enggan memulakan perbincangan berhubung perkara itu.
Kerajaan mampu untuk menjana jurang pertumbuhan fiskal dengan meningkatkan tunai dalam pasaran domestik dan keupayaan untuk melaksanakannya akan menstabilkan keadaan sekarang, dengan skim persaraan dan bank-bank kini menanggung 95 peratus hutang.
Tetapi para penganalisis memberi amaran tekanan akan bertambah ekoran peningkatan jumlah golongan tua dan penurunan simpanan yang akan digunakan semasa persaraan.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 9 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan