TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 12 Ogos 2009

Rantau Panjang Kelantan

Rantau Panjang.

Berlepas dari Bandaraya Islam Kota Bharu, Kelantan, kami menghala ke pekan Rantau Panjang dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Rantau Panjang merupakan pekan kecil di tepi sempadan Malaysia dan Thailand. Sempadan antara kedua-dua negara hanyalah sebatang sungai, Sungai Golok.

Jangan hairan bila sungainya bernama golok, kerana buah gajus (cashew) juga adakalanya disebut jambu golok di Kelantan. Di sesetengah tempat, gajus juga dikenali sebagai buah ketereh atau janggus.

Foto di bawah ialah Pejabat Pos Rantau Panjang.

Dan ini pula kedai bebas cukai - disediakan khusus untuk pelancong yang datang dari arah Thailand. Thailand mali ma.....

Rakyat tempatan lebih suka berbelanja di gerai rakyat marhain yang banyak terdapat di Rantau Panjang.


Bangunan tesergam ini milik Razali Batik agaknya.

Masjid yang asalnya rumah kedai, diubahsuai menjadi masjid. Masjid Mahmoodi - kalau tidak silap pemerhatian penulis. Tidak ada peluang bertanya penduduk kenapa rumah kedai dijadikan masjid. Biasanya masjid dibina di tanah yang agak luas.

Bentuk sebahagian rumah kedai di Rantau Panjang. Rumah kedai setingkat.


Warung minuman di tepi stesen bas Rantau Panjang. Mengikut pemerhatian penulis, peniaga di sini fasih kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu Kelantan dan bahasa Thai. Nee haw!

Tempat letak bas SKMK sahaja.

Tulisan jawi masih diguna-pakai di sini.



Sebahagian pekan kecil Rantau Panjang Kelantan.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran