TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 6 Jun 2009

Cycad Lenggong - Part2

By Idris Talu

Cycads clivicola Lenggong di Gua Badak

Lihat kedua-dua gambar di atas dan di bawah, bagaimana cycas clivicola Lenggong, yang mungkin sudah ratusan atau ribuan tahun tumbuh dan membesar di lereng Bukit Lebah, Gua Badak ini. Bukit batu kapur ini curamnya hampir sembilan puluh darjah tepat. Bukit ini dinamakan Bukit Lebah kerana dulunya terdapat banyak sarang lebah bergayutan di lereng batunya.

Jika kita lihat ketinggian pohon cycads itu, kita dapat mengagak usianya kerana kita telah pun mengetahui, bahawa cycad membesar cuma 20 cm dalam tempoh masa sepuluh tahun.


The beauty of Cycads Lenggong.
Perhatikan gambar di bawah, lihat bagaimana cycad ini hidup di atas batu yang keras tanpa tanah itu. Ini sungguh menakjubkan kita.

Cycad ini merupakan khazanah negara yang telah wujud mungkin jutaan tahun dahulu. Pokok cycad dikatakan boleh hidup sehingga 2,500 tahun. Kita belum menjalankan kajian berapakah umur cyacds yang banyak terdapat tumbuh di lereng batu di Bukit Lebah, Gua Badak itu.

Alangkah baiknya jika Bukit Lebah, Gua Badak ini kita jadikan Taman Cycads terbesar dan lengkap dengan muzium datanya untuk kajian para pelajar dan para penyelidik dalam dan negara luar. Di samping itu kita dapat menikmati keindahan dan keunikannya tumbuhan purba ini.

The living fossil in Lenggong.
Kekuatan cengkaman akarnya di atas batu pejal yang tegak seperti tebing grand canyon di Amerika Syarikat itu melambangkan kekuatan rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, dalam menempuh ranjau kehidupan yang ada kalanya tenang damai, ada kalanya bergelora.

Jika Grand Canyon Amerika Syarikat mempunyai Grand Canyon Skywalk, kita di Malaysia ini memadailah jika dibina tangga waja yang kukuh untuk membolehkan pengunjung melihat dari dekat saki baki peninggalan zaman dinosaurs ini. Kita mungkin boleh memindahkan pohon cycads dari kawasan berdekatan untuk dikumpulkan di puncak Bukit Lebah ini untuk memudahkan pengunjung melihatnya.

Cycas Clivicola Lenggong, cukup menakjubkan, cuma buat sementara waktu ini ianya terbiar di lereng bukit yang terjal itu. Semoga ada pihak yang akan mampu "menggosok sinar emas" yang terpendam di lereng Bukit Lebah sejak sekian lama ini.

Jika negara Jepun yang mempunyai stok simpanan cycads yang sedikit mampu mengadakan Taman Cycads yang besar dan teratur, kenapa agaknya kita yang mempunyai stok cycads yang melimpah ruah, tidak mampu mengadakan taman yang serupa itu?

Kita tertinggal jauh di belakang Taiwan dan Vietnam yang telah pun mempunyai ladang cycads yang luasnya ratusan ekar dan menjadi pengeksport utama cycads dunia. Malah, Malaysia sendiri termasuk dalam senarai pembelinya pada hal kita mempunyai cycads sendiri yang lebih cantik!



©IdrisTalu@2009

2 ulasan:

Global View berkata...

Very uniqe blog.
Fantastic pictures. Wow...
I like your blog.

Please visit:
http://baliholiday.tk

Keep blogging.
Good day.

Idris Talu berkata...

Thank you for your support. As a beginner, I need to learn more about blog.

Really appreciated.

Idris Talu

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran