TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 25 September 2012

STESEN PEMANCAR TELEKOMUNIKASI GUNUNG BRINCHANG



إدريس تالو
Idris Talu 
 Gunung Brinchang dilihat dari Kea Farm.


Stesen pemancar Gunung Brinchang, terletak di puncak Gunung Brinchang yang berketinggian 6,666 kaki dari paras laut.

Stesen pemancar milik sebuah syarikat telekomunikasi ini terletak di sempadan Pahang dan Perak.

Sebelum perhubungan telekomunikasi di Semenanjung Tanah Melayu berkeadaan baik seperti sekarang, Gunung Brinchang pernah menjadi stesen pengulang (repeater station) untuk ke stesen Bukit Bakar di Kelantan.

Ketika itu, perhubungan telekomunikasi antara Pantai Barat Semenanjung dengan Kelantan bergantung dengan keadaan cuaca antara Gunung Brinchang dan Bukit Bakar.

Kini perhubungan tersebut telah diambilalih oleh rangkaian fibre dan mikero melalui Ulu Kali (Genting Highlands) ke Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu terus ke Kota Bharu.

Terdapat juga rangkaian fibre dari Gerik melalui Banding ke Jeli dan Kota Bharu.




 

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran