TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 16 September 2012

PERBUATAN HINA NABI BIADAB



Wartawan Sinar Harian


17 September 2012

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mengecam keras penerbitan filem anti Islam Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW diedarkan di negara ini.

Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, perbuatan menghina Rasulullah SAW dalam apa jua keadaan tidak boleh diterima dan merupakan satu kesalahan besar bagi umat Islam serta mesti ditentang dan diperangi habis-habisan.

Menurutnya, perbuatan itu berniat jahat untuk mewujudkan pertembungan dan pergaduhan antara agama yang akhirnya membawa kesan buruk kepada masyarakat dunia.

“Kami anggap filem tersebut bertujuan memprovokasi masyarakat antarabangsa mengenai peribadi Nabi Muhammad SAW sebagai kasanova dan Islam adalah barah.

“Kenyataan seperti ini adalah biadab dan langsung tidak boleh diterima,” katanya selepas menghadiri Majlis Perarakan Jalur Gemilang, di sini, malam kelmarin.

A Rahman berkata, terdapat suatu manifestasi ideologi politik secara halus yang sengaja dilakukan oleh kelompok Yahudi, termasuklah penerbitan filem yang mencetuskan kemarahan rakyat Islam di serata dunia.

“Kami menyeru umat Islam sedunia bangun bersatu menegakkan syiar Islam agar jangan berpecah-belah, sebaliknya kembali merapatkan saf dan bangun menentang sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat kita.

“Kita juga perlu sedar bahawa elemen subversif yang telah menyerap masuk ke tanah air kita melalui mubaligh Kristian yang sedang rancak mengkristiankan anak muda Islam di negara ini,” katanya.

Kemuncak kemarahan ahli PPPMM berakhir dengan tindakan memijak dan membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel sebagai bantahan keras penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, lebih 500 orang daripada 30 badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan Jalur Gemilang dari perkarangan pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ke Bukit Timbalan.

Perarakan itu dilepaskan Datuk Bandar MBJB, Burhan Amin di pekarangan MBJB dan disambut di Bukit Timbalan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Pengarah Program, Osmirizan Melan berkata, program itu diadakan untuk menunjukkan rasa tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa yang dicintai.

Menurutnya, penyertaan secara sukarela daripada pelbagai lapisan peringkat umur menunjukkan kerjasama dan perjuangan yang seimbang untuk mengekalkan keamanan negara.

“Kita ingin terjemahkan kecintaan kepada negara melalui perbuatan indah seperti ini, bukannya sekadar melalui laungan atau percakapan semata-mata.

“Alhamdulillah walaupun ada insiden yang diduga semasa dalam perarakan, kumpulan kita selamat sampai,” katanya.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran