TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 16 September 2012

MALAYSIA SEKAT SIAR FILEM HINA NABI.

Datuk Seri Dr Rais Yatim 

BINTULU 15 Sept. - Malaysia akan menyekat penyiaran filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, negara Islam lain seperti Indonesia dan Asia Barat telah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem tersebut dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.

"Saya telah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup bengkel literasi ICT untuk Ketua-ketua Masyarakat Daerah Bintulu di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim di sini hari ini.


 

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran