TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 19 September 2012

KEWANGAN ISLAM BERTARAF GLOBAL.



Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


TIGA faktor utama dikenal pasti mampu memastikan kewangan Islam yang kini berkembang pesat di peringkat antarabangsa terus berdaya saing untuk tempoh jangka panjang.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, dengan perkembangan baru yang muncul iaitu pengantarabangsaan kewangan Islam, peserta industri berkenaan perlu mengambil pelbagai langkah dan strategi baru.

“Faktor kejayaan dalam pengantarabangsaan kewangan Islam ialah menerusi penyediaan banyak produk dan perkhidmatan dinamik dan berkesan, mewujudkan penyertaan pasaran yang pelbagai dan dinamik serta bertumpu pada keperluan global termasuk mempunyai pemain perbankan, takaful dan pasaran modal Islam yang meneroka peluang melangkaui sempadan domestik bagi meraih peluang global.

“Suasana aliran kewangan merentas sempadan global baru yang semakin berkembang antara wilayah yang mempunyai perbezaan kenegaraan dan budaya memerlukan peningkatan pengiktirafan serta pemahaman amalan dalam bidang kuasa berbeza,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan hari kedua Forum Kewangan Islam Global (Giff) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan.

Zeti berkata, menerusi capaian antarabangsa dan keupayaan menyediakan penyelesaian kewangan menyeluruh, kewangan Islam menawarkan satu kaedah yang membuka pelbagai peluang baru.

“Ketika ini, sektor kewangan Islam memasuki suasana global tidak menentu dan ini menyebabkan wujudnya keperluan mengkaji semula strategi bagi memastikan daya tahan industri ini,” katanya.



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran