TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 10 September 2012

PENANTIAN MASYARAKAT RAWA SELAMA 12 TAHUN BERAKHIR.



Penantian 12 tahun berakhir - Madrasah Tuanku Rao
Shahrizal Ahmad Zaini
10 September 2012 
Tuanku Rao - Foto sumber internet.


KAMPAR – Setelah menunggu selama 12 tahun, akhirnya penduduk sekitar Kampung Lawan Kuda di sini menerima khabar gembira apabila madrasah di kampung berkenaan secara rasminya telah diberi nama Madrasah Tuanku Rao.

Ketua Kampung yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lawan Kuda, Mohd Noor Alias berkata, nama madrasah itu diilhamkan oleh Persatuan Jalinan Rao (Rawa) Malaysia (Jaro) sempena nama Panglima Perang dan pendakwah Islam terkemuka di Tanah Batak suatu masa dahulu, Tuanku Rao.

 Buku "Antara Fakta Dan Khayal" tentang Tuanku Rao oleh Buya Hamka.

“Madrasah ini telah siap dibina pada tahun 2000, tetapi belum mempunyai nama sehingga tahun ini. Hasil perbincangan dengan pihak Jalinan Rao, akhirnya nama Tuanku Rao ini dipilih,” katanya kepada ketika ditemui sempena

Majlis Perasmian Madrasah Tuanku Rao di Kampung Lawan Kuda, di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Jalinan Rao (Rawa) dan Malaysia (Jaro) Kebangsaan, Datuk Seri Mohamed Khalil Hussien yang turut menyempurnakan perasmian madrasah berkenaan.

Mohd Noor menambah, Madrasah Tuanku Rao merupakan madrasah tunggal dalam kawasan itu dan mampu memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa.

Katanya, selain beribadah, madrasah itu juga akana menjadi tempat berkumpul penduduk sekitar kawasan berkenaan untuk mengimarahkan majlis ilmu anjuran JKKK, Jaro atau lain-lain pihak.

"Madrasah ini disiapkan pada 2002 dan kami turut mendapat peruntukan dariapda Kerajaan Negeri. Kerana tidak memiliki dewan, madrasah ini menjadi tempat penganjuran pelbagai aktiviti," katanya.





Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran