TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 16 September 2012

320 JEMAAH HAJI MALAYSIA KUMPULAN PERTAMA BERLEPAS AWAL PAGI INI



إدريس تالو
Idris Talu 
 Masjid Nabawi di Madinah
Jemaah haji peringkat awal biasanya dibawa ke Madinah dahulu.


SEPANG 17 Sept. 2012 - Seramai 320 jemaah haji pertama berlepas ke tanah suci pada pukul 1.30 pagi tadi dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pengerusi KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS), Datuk Abdul Mutalib Muhamed Razak berkata, untuk tahun ini, 61 penerbangan pergi jemaah haji dikendalikan KLAS menerusi Saudi Airlines.

Kira-kira 14,000 jemaah haji menggunakan penerbangan Saudi Airlines tahun ini, separuh daripada jumlah keseluruhan jemaah iaitu seramai 28,000," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pada satu majlis ringkas beliau menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada jemaah penerbangan pertama itu.

Seramai 600 pegawai dan petugas Tabung Haji kini berada di Madinah dan Mekah bagi menguruskan jemaah haji dari negara ini.

Penerbangan terakhir ke tanah suci yang dikendalikan KLAS ialah pada 18 Oktober ini manakala penerbangan pertama pulang ke tanah air pula dijadual 1 November ini. – BERNAMA



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran