Universiti Damascus Syria.
University Aleppo Syria
Mutakhir, 17:50:21 PM
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil keputusan untuk
memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanahair
dengan segera berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pemindahan itu
sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan
berlakunya sebarang insiden tidak diingini. Pemindahan itu diselaraskan oleh
Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar
Malaysia di Damsyik.
Peta Syria.
Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu
bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk
pulang ke Malaysia.
"Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan
akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan
pelajar selesai dilaksanakan," kata Anifah dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Sehingga kini, semua 138 rakyat Malaysia yang terdiri
daripada 128 pelajardan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia
itu berada dalamkeadaan selamat.
Kementerian sekali lagi menggesa semua rakyat Malaysia yang
masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara
berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria,
dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.
Kementerian sudah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh
menghubungi talian 03-88874570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses
pemindahan ini. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan