TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 24 April 2012

Pisang Abu - Pisang Kebatu - Pisang Kepok


إدريس اسماعیل  تالو
Idris Talu

 Buah pisang kebatu @ kepok @ abu.

Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit tebal yang kelihatannya bersegi empat yang ketara.  Rasanya nama buah pisang tidak diambil dari warna kulitnya kerana kulitnya tidak kelabu atau abu-abu. Ianya juga dipanggil pisang kebatu, mungkin kerana kulit buahnya agak keras seperti batu.

Pokok pisang abu mempunyai ketinggian yang lebih berbanding dengan pokok pisang lain. Batang pokok pisangnya juga lebih besar dari pokok pisang lain. Pada masa dahulu di mana tali pengikat barangan banyak diperbuat dari batang pisang, batang pisang abu menjadi pilihan utama untuk dibuat tali.

Pisang abu yang cukup tua tetapi belum matang, menjadi pilihan utama para peniaga untuk dijadikan kerepek pisang. Samada dalam bentuk hirisan bulat atau memanjang, kerepek pisang kebatu menjadi pilihan utama para penggemarnya.

Ada juga yang menyebut sebagai pisang kematu.

Pisang kebatu yang telah matang amat sesuai digoreng bertepung untuk sarapan pagi atau minum petang yang menyelerakan. Jika dahulu sebiji buah pisang kebatu dibelah dua sebelum digoreng, kini ianya telah dibelah empat untuk menambahkan bilangan jualan.

Ada juga yang gemar dibuat bubur atau pengat pisang kebatu yang tinggi kandungan gulanya. Di sesetengah tempat, bubur pisang disebut kolak pisang. Bubur pisang kebatu dicampur sedikit biji sagu kasar cukup menyelerakan jika dimakan di waktu petang.

Pisang abu matang jika direbus, dipotong pendek-pendek, digaulkan dengan kelapa parut yang bertabur dengan sedikit gula dan garam juga mengasyikkan peminatnya.


2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

saya kerap keliru dengan pisang ni sebab banyak sangat namanya.. hehe... mertua saya panggil pisang sematu.. buat pengat atau goreng sedap ni..

Idris Talu berkata...

Memang banyak namanya Puan,

Pisang kebatu @ sematu juga sesuai dibuat krepek pisang. Saya belum pernah jumpa ianya dibuat pisang salai.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran