Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad
2011/09/11
KUALA LUMPUR: Jerebu di Semenanjung terutama Pantai Barat dijangka bertambah buruk untuk beberapa hari akan datang berikutan kebakaran hutan semakin merebak di Sumatera dengan peningkatan jumlah titik panas daripada cuma 401 beberapa hari lalu kepada 692 setakat petang semalam.
Hujan selang beberapa jam sejak beberapa hari lalu di beberapa lokasi di negara ini gagal memulihkan keadaan. Pemantauan terakhir satelit National Oceanic Atmospheric and Administration (NOAA) mendapati selain selatan Sumatera, titik panas dikesan di 10 kawasan lain dengan Riau merekodkan 93 lokasi.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meramalkan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.
Ketua Subkluster Majlis Profesor Negara (MPN) bagi Kesihatan Alam Sekitar, Prof Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, berkata jerebu berterusan bakal mengundang implikasi kesihatan seperti kesukaran bernafas, pedih mata dan sakit tekak.
Kandungan partikel jerebu terdiri daripada nikel, metal serta plumbum dalam skala kecil iaitu di bawah 2.5 mikrometer berupaya menyusup masuk ke paru-paru, mengakibatkan sakit dada ketika bernafas kerana proses penukaran gas oksigen kepada gas karbon dioksida di bahagian berkenaan, katanya.
Sementara itu, BERNAMA memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata Malaysia menyatakan kebimbangan kepada Indonesia melalui surat kepada rakan sejawatnya dari republik itu, Prof Dr Gusti Muhammad Hatta selepas satelit mengesan 600 tompokan panas dengan suhu tinggi di Sumatera tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, setakat jam 5 petang semalam, 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, semalam manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikeluarkan JAS dengan tiada laporan IPU berbahaya direkodkan. Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai (78); Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (71) serta Petaling Jaya, Banting dan Cheras masing-masing 70.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan