Oleh SAHBULAH DARWI, utusankedah@utusan.com.my
SINTOK 31 Mei - Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) bakal menjadi pusat pengajian tinggi awam yang pertama di negara ini menawarkan program ijazah berkembar bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat daripada kekuatan kedua-dua institusi itu.
UUM dan Unimap akan menawarkan program ijazah berkembar itu sebagai satu usaha menggabungkan kekuatan dalam bidang masing-masing untuk kepentingan negara.
Kombinasi bidang kejuruteraan dan pengurusan membolehkan kedua-dua universiti melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal tetapi pada masa yang sama turut menguasai ilmu pengurusan.
Kekuatan UUM adalah dalam bidang pengurusan manakala Unimap dalam kejuruteraan menerusi langkah mencantumkan dua program akademik untuk para graduan.
Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya bersetuju secara dasar untuk melaksanakan dua program ijazah berkembar di peringkat ijazah pertama dan peringkat sarjana dalam tempoh terdekat ini.
"Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh dua ijazah serentak di samping dapat belajar bersama-sama rakan yang berlainan universiti dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara UUM dan Unimap.
"Sebagai permulaan, UUM kini bercadang menawarkan program teknologi persekitaran di peringkat ijazah pertama dan Unimap menawarkan program kejuruteraan persekitaran.
"Kedua-dua subjek dalam program ini mempunyai persamaan dan kita boleh bergabung tenaga pengajar dan pelajar dalam dua program ini, seterusnya membolehkan mereka memperolehi dua ijazah serentak," katanya semasa mempengerusikan perbincangan antara UUM dan Unimap sempena Lawatan Balas Delegasi Unimap ke UUM, di EDC UUM, baru-baru ini.
Mohamed Mustafa berkata, program lain yang mempunyai persamaan ialah program pengurusan teknologi yang akan ditawarkan oleh UUM manakala Unimap pula akan menawarkan program reka bentuk produk.
"Saya berpendapat banyak bidang kerjasama yang boleh dilakukan terutama dalam bidang-bidang lain iaitu bidang pentadbiran, pembangunan pelajar dan keusahawanan, maklumat ilmiah, pembangunan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan.
"UUM dan Unimap adalah dua universiti tempatan yang boleh duduk semeja untuk berbincang di samping menyalurkan idea untuk kepentingan bersama walaupun secara dasarnya kedua-dua universiti ini bersaing tetapi mampu bergabung untuk kepentingan masing-masing," jelasnya.
Tambah beliau, kedua-dua universiti ini akan berusaha menghasilkan program yang berimpak tinggi bagi membolehkan hasilnya dikongsi secara bersama oleh kedua-dua institusi pengajian tinggi, terutama dalam bidang mempromosi universiti di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.
"Dalam tempoh ini juga, kita akan menganjurkan seminar berimpak tinggi yang akan memfokuskan perbincangan dalam aspek transformasi dan inovasi dalam usaha membantu kerajaan melestarikan pengetahuan masyarakat dalam semua bidang.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Muka hadapan Utusan Melayu keluaran pertama pada 29 May 1939, yang diterbitkan di Singapura, dan dijual dengan harga cuma 10 sen senaskhah.
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu Bali Dynasty Resort, resort tempat penginapan kami selama kami berada tiga hari dua malam di Bali: Bilik 284 yang penulis dan...
-
By Idris Ismail Talu Masih dengan gambar-gambar semasa mencari ilmu di Institut Teknologi MARA, cawangan Perak semasa berkampus di Seri Manj...
-
By Idris Talu Memang agak sayu untuk berpisah dengan tempat kita bekerja yang telah kita lalui bersama selama lebih 35 tahun. Namun begitu, ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan