Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
2010/11/03
Kabinet bincang mansuh yuran IPTA
Oleh Azman Zakaria dan Sophia Ahmad, bhnews@bharian.com.my
Peluang rakyat lebih 50 tahun miliki PhD
KUALA LUMPUR: Kabinet akan membincangkan cadangan untuk mengecualikan atau mengurangkan yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada rakyat Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) dengan syarat yang akan ditentukan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kementerian sedia menimbang bagi pengecualian atau pengurangan yuran pengajian itu selaras dengan hasrat untuk melahirkan 60,000 orang pemegang PhD menjelang 2023.
“Bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, kementerian akan membelanjakan sebanyak RM483.9 juta bagi program MyBrain15 melalui Bajet 2011 membiayai 7,610 ada dan menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah peringkat Sarjana dan PhD,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat semalam.
Selain itu, kementerian tidak bercadang memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971), yang baru dipinda dan berkuat kuasa 1 Februari 2009 yang mengambil pendekatan positif dengan membenarkan mahasiswa membabitkan diri dalam mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar secara sihat.
Mengenai dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa menyertai raptai persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2010, katanya, UKM sudah memberi surat tunjuk sebab kepada pelajar berkenaan.
Berhubung empat pelajar UKM yang dilaporkan berkempen pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, katanya, mereka ditahan di pekan lama Gua Musang 30 Oktober lalu kerana mengedarkan risalah dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kementerian menunggu laporan penuh mengenainya dan tindakan akan diambil oleh pihak universiti.
Beliau berkata, kementerian pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan IPT baru dan menaik taraf kampus cawangan sebagai universiti penuh kerana memberi tumpuan kepada pembangunan intelektual serta mengarusperdana pendidikan teknikal dan latihan vokasional.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan