Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh: 2010/08/13
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengalu-alukan masyarakat bukan Islam di negara ini, supaya memilih produk halal sebagai budaya hidup mereka sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat lain di negara-negara maju seperti Australia dan New Zealand.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia kerana, memilih produk halal bermakna mereka mengutamakan budaya kebersihan dan keselamatan dalam produk-produk makanan dan kegunaan mereka.
"Setiap produk yang mendapat sijil halal sama ada dari Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sudah terjamin kebersihan dan keselamatannya untuk dimakan atau digunakan kerana halal bukan bermakna boleh dimakan atau digunakan mengikut hukum syarak saja. "Bahkan, ia juga merujuk kepada soal kualiti produk meliputi kebersihan, keselamatan dan keyakinan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan pemegang sijil halal Jakim juga didapati turut mempunyai sijil Hazard Analysis Critical Point (HACCP), yang diakui di seluruh dunia.
Katanya, ketika ini, halal bukan hanya terhad kepada pematuhan keperluan syarak saja tetapi masyarakat dunia telah mula menyedari mengenai konsep “halalan toyyiba” yang turut menitikberatkan aspek hygine (kebersihan) dan keselamatan makanan.
"Oleh sebab itulah, masyarakat di negara-negara maju sangat memberi keutamaan kepada produk-produk halal kerana mereka yakin dengan ciri-ciri kebersihan dan keselamatan yang sudah terjamin," katanya.
Justeru, beliau berkata, rakyat negara ini termasuk masyarakat bukan Islam, agar memberi perhatian dalam soal memilih produk yang bersih, selamat dan terjamin, yang sudah pasti hanya boleh didapati melalui produk-produk yang diiktiraf halal oleh JAKIM dan JAIN. – Bernama
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMmengalukanbukanIslampilihprodukhalal/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan