By Idris Talu
Tepak sirih adalah merupakan keperluan harian orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Jika dahulu, sirih pinang menjadi sajian ringan semasa berehat atau berbual-bual atau berunding dengan para tetamu, namun kini, peranan tepak sirih sudah bertukar, dari keperluan harian kepada keperluan adat istiadat sahaja.
Tepak sirih boleh diperbuat dari pelbagai bahan, ada yang dibuat dari kayu yang baik, ada yang dibuat dari logam besi ringan mahu pun tembaga, malah ada yang diperbuat dengan menggunakan emas tulin. Tepak sirih juga dikenali dengan nama lain, puan. Tentu ramai pembaca masih ingat lirik, “sirih di dalam puan” dalam sebuah lagu lama.
Dalam bahasa Melayu lama, tidak ada istilah puan untuk pasangan perkataan tuan. Sebab itulah tidak ada istilah puan hamba. Suami memanggil isteri tetap dengan sebutan tuan hamba, bukan puan hamba. Tidak ada istilah puan puteri, yang ada ialah tuan puteri.
Di negeri Perak terdapat dua jenis tepak sirih yang diperbuat dari emas, satu bernama Puan Bujur dan yang satu lagi bernama Puan Naga Tiru, yang menjadi peralatan kebesaran DiRaja Perak.
Di tanah Minangkabau pula, tepak sirih disebut carano.
Apa yang perlu ada dalam tepak sirih? Kebiasaannya, tepak sirih berisi daun sirih, pinang, kapur makan (bukan kapur pemutih kasut), gambir, tembakau dan bunga cengkih.
©idrisismailtalu@2010.
http://idristalu.blogspot.com/
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 16 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
By Idris Ismail Talu Pisang kaki, atau 柿., atau 柿子, atau 감 atau persimmons. Buah yang berbentuk seakan-akan buah tomato atau terong ini dis...
4 ulasan:
Tuan haji,salam...
arak-arak kepalanya puan ( tepak sirih)
dihadapan puan bunga bertali
harap kami datanglah tuan
menjenmguk kami di Lipis ini.
nasihat tuan haji benar sangat,
saya di Klumpur sebab 30 sen kena saman RM100.
Mika buat tak nampak, buat dek, tak nasihatpun.
Agaknya memang mereka galakkan supaya orang kena saman.
Wa'alaikumussalam wr wb,
Tuan Haji Hashim dan keluarga di Kuala Lipis Pahang,
Sirih muda di dalam puan
Sirih junjung berseri-seri
Tak pernah lupa dalam ingatan
Beralih masa muncullah diri
Kerabu pucuk bercampur umbut
Makan bersila di atas jerami
Hati tergerak mulut tersebut
Izin Allah sampailah kami.
Wassalam.
Tuan Haji Hashim di Kuala Lipis,
Bekenaan saman menyaman ni, kawan rasa le (harap salah) dema ada quota berapa kena saman orang, nasihat orang takde quota.
Kawan pernah kena saman di Changlun Kedah sebab bawa kereta lebih dari 90km. Jalan itu, highway dari Johor Baru ke Bukit Kayu Hitam, speed limit 90km. Tak mengelirukan ke, highway ada 110 ada 90? Takde nasihat de, saman je.
Hari dah petang, terpaksa tidur di Jitra satu malam lagi kerana nak selesai saman esoknya. masa terbuang, duit melayang, sebab saman ade quota. Betapa menyusahkan pengguna (rakyat le tu).
Bila Ops Sikap dijalankan, yang dibanggakan dan dibentangkan setiap hari ialah berapa jumlah saman yang dikeluarkan. Coba tanya pakar jiwa, apa perasaan yang kena saman. Jangan tanya pakar saman. Dia pencen esok memang takde orang nak buat kawan.
Sekian dulu Tuan Haji.
Catat Ulasan