PETALING JAYA 20 Okt. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menasihatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga kebersihan sepanjang berada di Mekah ekoran penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Seri Paduka juga menyeru jemaah supaya sentiasa bersabar ketika menunaikan Rukun Islam kelima itu disebabkan banyak ujian dan halangan bakal dihadapi.
''Beta berharap para jemaah sentiasa menjaga kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekeliling yang boleh mempengaruhi jangkitan dan merebaknya penyakit itu.
''Para jemaah juga perlu menjaga imej dan maruah negara ketika menunaikan ibadah haji," titah Seri Paduka.
Seri Paduka bertitah demikian pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji yang berangkat ke Mekah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini hari ini.
Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mohamed Reda Abu al-Hamayel dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Seramai 1,082 jemaah haji berlepas Mekah hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Kumpulan pertama 382 jemaah berlepas seawal 3.30 pagi ini diikuti kumpulan kedua (350 orang) pada tengah hari ini dan kumpulan ketiga (350 orang) malam ini.
Mereka berlepas dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Arabian Airlines.
Terdapat juga jemaah haji yang berlepas dari lapangan terbang di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, Malaysia masih kekal menjadi penanda aras terbaik dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan pengurusan jemaah haji.
''Kerajaan Arab Saudi telah menjadikan negara kita sebagai contoh kepada negara-negara lain dalam menguruskan jemaah haji secara terancang dan tersusun,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis tersebut.
Beliau berkata, kesemua 26,000 jemaah haji dari negara ini telah diberikan suntikan tambahan influenza bermusim seperti yang telah diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Katanya, jemaah haji juga dikehendaki mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti memakai penutup hidung dan mulut.
Beliau menambah, Pasukan Petugas Perubatan Tabung Haji dengan tenaga pakar serta peralatan yang mencukupi telah berada di sana untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Courtesy: Utusan Malaysia Online
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Idris Ismail Talu Projek pembinaan jambatan untuk laluan berkembar Keretapi Tanah Melayu yang merentasi Tasik Bukit Merah di dalam negeri Pe...
-
Universiti Damascus Syria. University Aleppo Syria Mutakhir, 17:50:21 PM PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengambil k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan