Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my
HARI ini kalau kita memandang ke arah Sungai Kelang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur tiada apa-apa daya tarikannya. Warna air sungai yang keroh dan kotor, kadang kala berlonggok dengan sampah sarap sudah memualkan.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah banyak berusaha memulihkan kualiti air sungai bukan sahaja di ibu negara tetapi juga di seluruh negara.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga sejak beberapa tahun mencuba pelbagai kaedah bagi mengindahkan panorama sungai-sungai di dalam bandar raya ini. Tetapi ia belum benar-benar menarik 'nafsu' masyarakat untuk menyayangi sungai.
Tetapi jauh di sudut hati penduduk Malaysia terutama di kota kosmopolitan ini mengimpikan sebatang sungai yang bersih, tebing-tebingnya menjadi tempat bersantai dan melalukan rekreasi sambil menikmati pemandangan yang indah.
Jika boleh mereka mahu seperti sungai-sungai yang bersih di kota-kota besar Eropah di mana ada bot-bot pesiaran berulang alik di atas sungai. Lihat bandar raya seperti London, Paris dan Amsterdam yang sudah lama memanfaatkan sungai.
Impian ini tidak mustahil direalisasikan. Melalui usaha sama syarikat tempatan KL River Park Sdn. Bhd. dengan syarikat KL-Handong E&C (M) Sdn Bhd, impian ini boleh menjadi kenyataan.
Hal ini berdasarkan syarikat Handong Consortium yang berpangkalan di Korea Selatan terlibat menjayakan projek pemulihan Sungai Cheonggyecheon di kota Seoul.
Keunikan dan keindahan sungai ini turut menarik minat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Korea Selatan baru-baru ini.
Cheonggyecheon hanyalah sebuah sungai kecil. Namun tempat itu kini menjadi salah satu kebanggaan penduduk Seoul sebagai tempat rekreasi yang menarik. Sudah tentu warga Kuala Lumpur juga inginkan wajah sungai di ibu kota ini menjadi seperti Sungai Cheonggyecheon.
Presiden/Pengarah Korea PIANC dan juga KL-Handong E&C (M) Sdn Bhd, Youngsuk Ryan Park menjelaskan kepada Utusan Malaysia bahawa sungai-sungai yang kotor di Kuala Lumpur boleh dipulihkan semula kualitinya.
"Apabila kualiti air sungai dipulihkan, ia akan menambah pemandangan baru dan segar di tengah-tengah kepadatan bangunan konkrit Kuala Lumpur.
"Sungai ini juga boleh menjadi tempat rekreasi melepas penat kerana masyarakat dapat menikmati bunyi air yang mengalir di sungai ini, sambil menikmati bentuk landskap yang baru," jelas Ryan Park.
KL-Handong mencadangkan projek pemulihan berkonsepkan kembali kepada semula jadi diterapkan yang mana di kiri dan kanan sungai dibuat laluan untuk pejalan kaki. Selain itu pula ditanami dengan bunga dan tanaman-tanaman yang menambah segar suasana.
Ini selaras dengan usaha membangunkan semula sungai di Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja untuk kebersihan, tetapi juga sebagai usaha mengindahkan sungai serta mengelak kejadian banjir.
Projek River of Life (RoL) dalam pelan Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang, yang melibatkan jajaran 10.7 kilometer sepanjang Sungai Klang dan Sungai Gombak dianggarkan bernilai sekitar RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Menurut Pengarah Eksekutif KL-Handong E&C Kris Kim, syarikat itu tidak menghadapi masalah tenaga dan kewangan untuk membantu Malaysia melaksanakan projek pemulihan sungai di negara ini.
Ini kerana, katanya, Handong sendiri menerima sokongan padu daripada kerajaan Korea Selatan. Malah Presiden Korea Selatan sendiri menyokong kuat jika Handong berjaya mendapatkan kontrak di Malaysia. Ini kerana beliau ingin jadikan penanda aras kepada empat sungai utama di Korea untuk direalisasikan di sungai Malaysia serta mengeksport teknologi ke negara ini.
"Ini sebenarnya melibatkan kerajaan dengan kerajaan yang mana Korea Selatan sedia memperuntukan pinjaman mudah untuk pelaksanaan projek pemulihan sungai ini.
"Dengan kepakaran kejuruteraan, reka bentuk dan kos projek yang munasabah, ditambah bantuan sokongan konsortium daripada syarikat pembinaan gergasi Korea Selatan, Handong tidak menghadapi masalah untuk menerima tawaran daripada kerajaan Malaysia untuk projek memulihkan sungai," kata Kris Kim.
Sementara itu Ketua Pegawai Operasi (COO) KL River Park Sdn. Bhd., Shahrul Ekhsan Osman memberitahu, melalui usaha sama ini kita mengharapkan pemindahan teknologi dari syarikat Korea Selatan kepada syarikat tempatan.
"Selain mendedahkan ilmu kejuruteraan dan pemulihan alam sekitar, kita juga dapat mendidik rakyat Malaysia bagaimana hendak menghargai sungai apabila mereka akan dapat melihat di depan mata akan keindahan sungai yang dipulihkan kelak," kata Shahrul Ekhsan.
Kelebihan teknologi dari Korea Selatan ini katanya ialah pengalaman Handong membantu syarikat Korea yang lain dalam menyiapkan projek pemulihan Sungai Cheonggyecheon sepanjang 6 kilometer dalam masa setahun sahaja dengan kos AS$1 bilion. Sementara empat sungai utama lain disiapkan 26 bulan dengan kos keseluruhan AS$20 bilion.
"Cukup pantas, pembinaan dilakukan serentak tanpa menunggu pelan induk. Projek itu dapat membasmi pencemaran sungai, mengatasi masalah banjir, penduduk Seoul boleh mandi dan berenang di sungai itu," jelas Ryan Park.
Semua penduduk Kuala Lumpur pasti ingin melihat projek mengindahkan kota raya ini menjadi realiti. Mereka juga jika boleh mahu mandi, berenang dan menikmati keindahan sungai Kuala Lumpur.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan