Source: Utusan Malaysia Online.
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN, utusansabah@utusan.com.my
KOTA KINABALU 19 Okt. - Faktor usia dan kerjaya bukanlah menjadi penghalang dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan.
Ini dapat dilihat apabila dua graduan program luar kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuktikan faktor itu tidak menghalang mendapat keputusan cemerlang.
Malah dua pelajar berkenaan iaitu Chin Hui Fung, 33, dan Esther Asing, 43, menunjukkan kemampuan mereka mendapat keputusan cemerlang setanding pelajar sepenuh masa.
Bagi Hui Fung yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.89, disiplin merupakan aspek utama yang mendorong kejayaannya.
"Sebenarnya saya tidak pernah mensasarkan keputusan cemerlang kerana bagi saya mendapat ijazah pun sudah cukup.
"Namun saya bersyukur kerana mendapat keputusan cemerlang setanding dengan pelajar sepenuh masa," katanya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dan Perbankan.
Kejayaannya, membolehkan dia dianugerahkan Hadiah Pengajian Luar Kampus sempena majlis Konvokesyen Ke-12 UMS pada 9 Oktober lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Makan Malam Graduan Pusat Luar UMS (PLUMS), di sini baru-baru ini.
Pada majlis itu, kedua-dua pelajar cemerlang berkenaan menerima Anugerah Pelajar Terbaik PLUMS yang disampaikan oleh Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UMS, Prof. Arsiah Bahron.
Menurut Hui Fung, selain disiplin dalam melakukan ulang kaji, tumpuan di dalam kuliah juga penting dalam membantunya mencapai keputusan cemerlang.
Tambahnya, galakan berterusan daripada suami juga membuatkan dia semakin bersemangat untuk belajar.
"Sememangnya ia memerlukan pengorbanan yang besar daripada segi masa dan juga tenaga, namun saya bersyukur kerana dapat laluinya dengan bantuan suami dan pensyarah," katanya yang bekerja sebagai pegawai akaun di sebuah firma pembinaan di sini.
Sementara itu, Esther yang mengambil Sarjana Pengurusan Modal Manusia berkata, kejayaannya mendapat PNGK 4 di dorong minatnya dalam bidang berkenaan.
Selain itu, katanya, sokongan suami dan anak-anak juga menyebabkan dia dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran.
"Sebenarnya saya sendiri tidak percaya apabila setiap semester saya mendapat PNGK 4. Tetapi saya rasa ia berbaloi dengan usaha saya belajar bersungguh-sungguh sehingga kurang tidur," katanya yang merupakan Pengurus Sumber Manusia di sebuah firma swasta di sini.
Tambahnya, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah selepas ini.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Buku in dalam bahasa asalnya, Arab disebut “Alfu laila wa-lailah” yang membawa maksud “seribu satu ma...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan