TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 9 Oktober 2010

Rombongan pertama jemaah haji Malaysia 1431 Hijriah tiba di Madinah

Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 10 Oktober 2010.

09/10/2010 5:10pm

MADINAH 9 Okt. - Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 340 orang selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di sini kira-kira pukul 7.02 pagi waktu tempatan (12.02 tengah hari waktu Malaysia).

Hotel al Haram di Madinah (rasanya lebihkurang 100 meter dari Masjid Nabawi.


Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam, mereka dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick dan hotel Al-Haram berdekatan Masjid Nabawi di sini.

Masjid Nabawi di waktu Subuh.

Ketibaan rombongan itu dari Kuala Lumpur di hotel Anwar Al Madinah kira-kira 8.17 pagi disambut Duta Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf; Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail; Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Khalid Nordin; Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan ketua Muassasah bagi Malaysia, Dr Yusof Ahmad Hawala.

Jemaah-jemaah tersebut kemudian bersarapan di hotel Anwar Al-Madinah sebelum berehat di bilik masing-masing.


"TH telah membuat persiapan sebaik mungkin untuk menyambut kira-kira 26,000 lagi jemaah haji Malaysia yang akan tiba dalam masa sebulan ini untuk mengerjakan rukun Islam kelima bagi tahun 1431 Hijrah ini.



Segala persiapan yang diatur berjalan lancar... marilah kita mendoakan semua urusan yang dirancang dipermudahkan Allah s.w.t,” kata Ismee yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada wartawan Malaysia selepas menyambut ketibaan jemaah tersebut. – Bernama

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

2 ulasan:

Aida Ali berkata...

Teringat terasa sayu...

Idris Talu berkata...

Ya cikgu Aida, terbayang-bayang keadaan berbaris panjang untuk menziarahi maqam Baginda Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda di dalam Masjid Nabawi.

Airmata bercucuran melihat kesan pengorbanan para syuhada di Lembah Uhud. Tanpa pengorbanan jiwa dan raga syuhada-syuhada tersebut, mungkinkah cahaya keIslaman sampai kepada kita?

Mereka mengorban nyawa mereka untuk menegakkan Islam. Lembah dan Bukit Uhud menjadi saksi pengorbanan mereka. Terasa betapa kerdilnya kita berbanding dengan mereka.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran