Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh siar 11 Oktober 2010.
Oleh Mohd Roji Kawi, mdroji@bharian.com.my
ANTARA spesies ikan yang berjaya dikutip nelayan selepas timbul di Sungai Rajang, kelmarin.Pelbagai spesies bersaiz besar dipercayai mabuk berjaya ditangkap penduduk
KUCHING: Selepas dikejutkan dengan fenomena luar biasa sisa balak dan kayu terapung di Sungai Rajang, sejak Khamis lalu, penduduk yang tinggal di tebing sungai terpanjang di Malaysia itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa, kelmarin. Kali ini, bukan sisa kayu terapung yang membuatkan perhatian terarah ke sungai yang mengalir deras itu, tetapi ribuan ikan air tawar termasuk patin, labang, jelawat dan kaloi yang timbul di permukaan dipercayai mabuk akibat lumpur tebal yang memenuhi sungai berkenaan. Keadaan itu menyebabkan penduduk di tebing Sungai Rajang bagaikan berpesta, menangkap ikan mabuk itu yang ada antaranya mencecah berat sehingga 20 kilo gram seekor.
Seorang penduduk di pekan Kanowit, Boniface Endawi Kana, 45, berkata fenomena luar biasa ikan timbul itu disedari penduduk yang menyusuri sungai itu selepas ribuan tan sisa kayu terapung melalui pekan berkenaan.
“Apabila menyedari ratusan ikan timbul, penduduk bergegas mendapatkan perahu dan mengutip ikan yang belum mati itu sehingga akhirnya keadaan di Sungai Rajang yang sebelum itu sunyi tanpa sebarang aktiviti selepas dilanda fenomena sisa kayu hanyut, bertukar menjadi pesta menangkap ikan mabuk.
“Ramai juga yang mengambil kesempatan menangkap ikan untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjualnya kepada orang ramai di pekan Kanowit dan difahamkan ada seorang penduduk memperoleh RM380 selepas dia berjaya menjual seekor ikan patin seberat 18 kilogram," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.
Boniface berkata, kejadian ikan bersaiz besar timbul itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan penduduk percaya ia ada kaitan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan pembalakan di Sungai Baleh iaitu salah satu cabang Sungai Rajang.
Kejadian itu menyebabkan lebih 20,000 penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Rajang dan kawasan yang bergantung kepada pengangkutan sungai itu, termasuk di lebih 200 rumah panjang, terjejas berikutan laluan Sungai Rajang tersekat dengan dipenuhi balak yang dibuang, kayu hanyut dan sisa pohon.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RibuanikanSungaiRajangtimbul/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan