Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh siar: 08 Oktober 2010.
Oleh Johari Ibrahim dan Magendran Rajagopal, bhnews@bharian.com.my
ICT mampu sumbang 10.2 peratus KDNK: PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin ekonomi digital yang inovatif akan menjadi asas utama untuk mencapai tahap negara maju apabila bermulanya fasa ketiga Agenda Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia pada tahun depan. Perdana Menteri berkata, sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu diunjur mampu menyumbang 10.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015. Fasa ketiga Agenda MSC Malaysia bermula tahun depan sehingga 2020.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) Ke-22 dan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC Ke-13, Perdana Menteri berkata beberapa keputusan penting mengenai ICT yang dicapai mampu memberi kesan besar terhadap Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).
“Kita sudah berbincang dan memutuskan pelaksanaan lima syor yang akan diterajui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) iaitu membangunkan pelan nasional dan rangka kerja Ekonomi Digital Inovatif serta penggarapan teknologi merentasi semua sektor ekonomi bagi menjana produktiviti serta inovasi.
“Syor ketiga pula mensasarkan perubahan Malaysia menjadi hub penciptaan rumusan ICT yang rancak untuk pasaran eksport disusuli usaha memperkasakan bidang itu sebagai kelebihan daya saing nasional dan akhir sekali, penggunaan ICT bagi meningkatkan mutu hidup segenap lapisan masyarakat,” katanya.
Najib berkata, fasa dua Agenda MSC Malaysia yang dijadualkan berakhir hujung 2010, kini sudah pun melampaui sasaran dengan menyumbang RM35 bilion kepada KDNK antara 2004 hingga 2010 dan mewujudkan 83,000 peluang pekerjaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hub ICT global.
Pada masa sama, katanya, kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula dasar imigresen berkaitan permit kerja pelajar asing dalam sektor pengetahuan yang mana 1,000 pelajar asing yang layak dari institusi pengajian tinggi tempatan akan diberi permit kerja bagi mengatasi kemungkinan ketandusan bakat ICT pada masa depan.
Berhubung isu kekangan kewangan industri kecil dan sederhana (IKS), Najib berkata satu pasukan bertindak akan ditubuh bagi memudahkan permohonan pinjaman membiayai pembesaran operasi, termasuk menyelaras dan melaksana model penilaian harta intelektual kebangsaan yang boleh diterima sebagai cagaran oleh institusi kewangan.
Beliau berkata, pendekatan itu perlu bagi memastikan perkembangan ICT negara dan peningkatan penggunaan hasil ICT dalam negara turut memanfaatkan syarikat tempatan dari segi penguasaan pasaran yang lebih besar.
“Dalam fasa tiga, Agenda MSC Malaysia perlu kukuhkan sektor ICT negara dengan meneroka perkembangan baru bagi membina ekonomi digital inovatif yang menguasai 35 peratus dagangan global bernilai AS$17 trilion (RM59.5 trilion) tahun lalu dan pendapatan e-dagang pula diunjur mencecah AS$3.8 trilion (RM13.3 trilion) menjelang 2020,” katanya.
“Ekonomi digital yang inovatif perlu menjana kreativiti tenaga kerja dengan teknologi baru, ruang dan peluang yang menjadi pemangkin inovasi kepada individu atau perniagaan untuk meningkatkan daya saing dalam ekonomi digital global bagi memastikan negara terus unggul dan cemerlang di persada antarabangsa,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata lebih banyak kajian mendalam secara spesifik akan dilakukan, khususnya mengenai cadangan bagaimana kandungan digital di Malaysia boleh ditambah baik dan kaedah memanfaatkan perubahan dalam pasaran perisian dengan melihat kepada perisian 'multicore' sebagai hala tuju masa depan industri ICT negara.
Beliau turut menegaskan keperluan kerjasama kukuh antara swasta dan awam selain bagaimana konsep e-kerajaan dapat diguna pakai bagi membantu rakyat dalam aspek keselamatan dan memerangi jenayah.
Najib berkata, pada hakikatnya, kerajaan juga perlu merancang bagi menangani sebarang kemudaratan yang mungkin dialami pada masa depan dalam keghairahan mengejar pembangunan ICT, baik dari segi perubahan iklim atau apa-apa kesan balas global terhadap Malaysia.
"Serentak dengan usaha ke arah meningkatkan KDNK, kita juga perlu memastikan kemapanannya dan keperluan mengambil kira secara serius sebarang kesan terhadap alam sekitar," katanya.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ekonomidigitalasascapainegaramaju/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan ant...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
Sumber: Harian Metro Malaysia Online . Tarikh siaran: 18 September 2010. Berita kematian M. Rajoli di akhbar. AMPANG: Pelakon dan pelawak,...
-
Courtesy: Berita Harian, 7 Julai 2006 TAIPING: Keropok kulit rusa sebagai makanan ringan adalah antara produk terbaru yang dipamerkan kepada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan