Sumber: Berita Minggu Malaysia
Tarikh siar: 17 Oktober 2010.
Oleh Hafizzul Mohamad, edisimingguan@bharian.com.my
Kampung Medan tiada kaitan seberang sebaliknya pusat hijrah warga Perak
BERMULA daripada sebuah kawasan perlombongan bijih timah diibaratkan 'hidup segan, mati tak mahu' sehingga menjangkaui status kawasan penempatan setinggan cukup terkenal di Lembah Klang serta dilingkari pelbagai coretan suka duka sudah cukup memberi gambaran nostalgia Kampung Medan yang kini pesat membangun. D sebalik kemajuan pesat kawasan pinggir ibu negara yang kini dikenali Taman Medan, ada sesetengah masyarakatnya terutama generasi muda tidak tahu asal usul kewujudan kawasan penempatan itu.
Nama Kampung Medan itu dicadangkan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Allahyarham Raja Nasron Raja Ishak, pada mesyuarat penubuhan cawangan UMNO di Kampung Medan, kira-kira 60 tahun lalu. Menariknya, nama kampung yang dianggap unik oleh masyarakat luar itu sebenarnya tidak mencerminkan identiti sebenar penduduk awal di kawasan penempatan berkenaan.
Sering kali pertanyaan diajukan ‘Kenapa namanya Kampung Medan?’ dan ‘Ramai warga seberang dari Medan ke? Hakikatnya, soalan sebegitu tidak harus disalahertikan kerana penduduk asal kawasan itu sebenarnya anak jati tanah air yang berhijrah dari kampung halaman masing-masing di Perak untuk mencari rezeki di ibu kota.
Menjejaki rentetan sejarah Kampung Medan, adalah tidak keterlaluan jika kawasan itu diberi nama jolokan ‘negeri Perak kedua’ kerana kira-kira 80 peratus daripada 80,000 penduduk di situ adalah masyarakat Yob itu sendiri.
Perjuangan menaikkan nama Kampung Medan sebenarnya satu usaha yang tidak kenal erti lelah kerana kawasan itu pernah dilabelkan kawasan hitam akibat tercetusnya beberapa kejadian berunsur jenayah dan perkauman di situ. Kawasan itu turut mengundang kehadiran pihak berkuasa terutama anggota bomba setiap kali berlaku kebakaran rumah setinggan.
Namun ibarat pepatah `alah bisa, tegal biasa', semua itu dihadapi sepenuh kekuatan semangat dan kesepakatan yang sememangnya tebal di kalangan masyarakat Yob itu yang difahamkan, berasal dari beberapa kawasan di Perak seperti Kampung Gajah, Lambor Kiri, Lambor Kanan, Bota Kiri, Bota Kanan, Telok Bakong, Telok Sarih, sekitar daerah Parit dan Kuala Kangsar.
Justeru, usah terkejut jika anda disapa oleh penduduk di situ dengan pertanyaan ‘Assalamualaikum...mike ni mencari ghomah sape?' (Anda mencari rumah siapa?)
Di sebalik kesepakatan mereka, kesungguhan penduduk Kampung Medan mempertahankan adat budaya dan bahasa mereka adalah sesuatu yang harus dipuji. Baru-baru ini, penempatan itu dipilih menganjurkan Pertandingan Rebana Perak ‘Hadrah’ serentak Majlis Jamuan Aidilfitri Muhibah dikelolakan bersama Persatuan Darul Ridzuan (PDR) dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.
Majlis serba meriah dan berwarna-warni itu dihadiri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan diiringi isteri Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim Davidson. Hadir sama, Raja Di Hilir negeri itu, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan isteri Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah selain Presiden PDR Selangor/Kuala Lumpur, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional Negeri Selangor, Abdul Halim Omar.
Tetamu dihiburkan persembahan Rebana Hadrah yang cukup terkenal di Perak dan alat muzik tradisional yang turut dimainkan pada Majlis Menyambut Pembesar Negeri sehingga ke majlis perkahwinan. Turut diadakan, pertandingan yang menyaksikan pasukan rebana Hadrah Taman Sri Medan muncul juara sekali gus meraih hadiah wang tunai RM1,000 bersama sijil manakala tempat kedua disandang pasukan rebana Hadrah Taman Datuk Harun yang memberikan persembahan membanggakan dengan mengatasi lapan lagi pasukan pada peringkat pusingan.
Pengerusi penganjuran majlis, Datuk Seri Jalaluddin Abdul Rahim, berkata, program kemasyarakatan itu bertujuan menghidupkan kembali permainan Rebana Hadrah agar ia dapat terus dimainkan oleh generasi muda.
“Kami berpendapat, satu usaha perlu dilakukan bagi menyelamatkan permainan muzik Rebana Hadrah. Justeru, kami sepakat untuk menganjurkan pertandingan ini di Taman Medan di sini kerana ia didiami ramai anak jati Perak. Alhamdulillah, sambutannya cukup membanggakan," katanya, menambah program itu dapat mengukuhkan ikatan silaturahim di kalangan penduduk di kawasan penempatan itu tanpa mengira bangsa dan agama.
“Ramai orang Cina dan India datang dan terhibur menyaksikan persembahan Rebana Hadrah sambil menikmati beraneka juadah lazat yang disediakan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Muhibah. Saya yakin ini satu kaedah yang akan meninggalkan kesan yang positif kepada bukan setakat kepada anak jati Perak tetapi juga masyarakat keseluruhannya," katanya.
Penduduk, Yahya Mohamad Yusoff atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, 66, berkata beliau gembira dengan inisiatif menganjurkan majlis seumpama itu di kawasan tempat tinggalnya di situ.
“Ini majlis yang terbesar pernah dijalankan di Taman Medan ini. Seharusnya, penduduk di sini berterima kasih atas apa yang kami anggap sebagai hadiah bermakna sempena Aidilfitri tahun ini. Diharap lebih banyak majlis seumpama ini dapat dijalankan selepas ini,” katanya yang juga antara penduduk terawal di situ.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LubukYob/Article/index
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 16 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan