Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh: 12 Oktober 2010.
Oleh NORILA DAUD, pengarang@utusan.com.my
PETALING JAYA 11 Okt. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan jemaah haji Malaysia sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Tabung Haji sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut tahun ini.
Titah Seri Paduka, arahan dan garis panduan Tabung Haji itu sangat penting supaya ibadah haji dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna serta mendapat haji mabrur.
Pada masa sama, Seri Paduka turut mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji kerana khidmat cemerlang kepada jemaah haji negara ini yang turut mendapat pujian negara Islam lain.
"Diharap Tabung Haji meneruskan usaha untuk menambah baik pengurusan jemaah haji supaya sentiasa berada pada tahap cemerlang," titah Seri Paduka pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini petang ini.
Turut berangkat mengucapkan selamat jalan tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta isteri dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.
Seri Paduka turut menasihatkan jemaah haji supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta keadaan sekeliling bagi mengelak daripada terkena serangan penyakit.
Titah Yang di-Pertuan Agong, menunaikan ibadah haji adalah sukar kerana ia bukan sahaja melibatkan harta benda, masa dan pengetahuan malah perlu mempunyai jiwa yang kukuh.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Buku in dalam bahasa asalnya, Arab disebut “Alfu laila wa-lailah” yang membawa maksud “seribu satu ma...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
2 ulasan:
semoga semua jemaah memperoleh haji mabrur
Semoga begitulah cikgu Sonata.
Semoga sabar menempuh pelbagai cobaan dan dugaan semasa berada di tanah suci sana.
Wassalam.
Catat Ulasan