TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 30 Januari 2010

Durian Hutan - Tapah

By Idris Ismail Talu

Durian ini dijual oleh Orang Asli yang tinggal di beberapa bahagian hutan sepanjang jalanraya dari pekan Tapah di Perak hingga ke Ringlet di Cameron Highlands, Pahang.

Buahnya agak kecil, tiga biji buah durian ini baru mencapai berat satu kilogram. 1 kg dijual dengan harga RM7.00, agak mahal. Walau pun begitu, ramai pelancung (tourist) gemar membelinya - kerana durian ini hidup secara semula jadi di dalam hutan rimba di kawasan kediaman Orang Asli ini.

Pelancung sendiri memberikan nama durian ini sebagai durian organik.



Gambar ini penulis rakamkan di Jalan Pahang, antara Tapah ke Cameron Highlands.

©idrisismailtalu@2010

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Tuan haji,

Durian hutan milik orang asli
kalau nak merasa kena beli
walaupun kecil rasanya sedap
ada yang besar bersaiz baldi
terdapat di kg gajah mati
namanya pun durian kepala gajah.

Idris Talu berkata...

Kena balas pantun Tuan Haji nampaknya,

Dari Medang pergi ke Tras,
Singgah di Cheroh membeli umbut,
Buah derian kulitnya keras,
Buah perian kulitnya lembut,

Dari Sega ke Padang Tengku,
Mandi manda di Jeram Besu,
Buad derian memang macamtu,
Mahal murah orang beli selalu.

Terima kasih tuan haji.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran