Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/10/02
JEDDAH: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kelmarin mengutuk penerbitan baru kartun menghina Nabi Muhammad yang mencetuskan bantahan ganas antarabangsa lima tahun lalu.
Dalam kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata pihak berkuasa Denmark perlu memikul tanggungjawab moral atas penerbitan karikatur itu, kali ini dalam buku bertajuk, The Tyranny of Silence. Flemming Rose, pengarang budaya akhbar harian Denmark Jyllands-Posten, menerbitkan semula kelmarin kartun lukisan Kurt Westergaard, pada mulanya diterbitkan akhbar itu pada 2005. “Penerbitan buku itu satu cubaan sengaja untuk mencetuskan perbezaan mazhab dan melemahkan usaha masyarakat antarabangsa untuk mengukuhkan kerjasama secara aman antara pengikut pelbagai agama,” kata Ihsanoglu.
“Ia adalah satu pelanggaran dalam artikel ke-20 Pematuhan Antarabangsa ke atas Hak Awam dan Politik (ICCPR) 1966, selain melanggar artikel 140 undang-undang Denmark yang menetapkan perlindungan ke atas sentimen mempersendakan agama dan artikel 266 bagi perlindungan ke atas penghinaan agama.”
Beliau menambah, penerbitan buku itu mengesahkan semula kebimbangan OIC mengenai penyalahgunaan hak kebebasan bersuara bagi memburukkan dan menyebarkan Islamofobia di Barat.
Ihsanoglu berkata, beliau membincangkan isu itu bersama Menteri Luar Denmark, Lene Esperson di New York.
Diplomat dari negara Islam berpusat di Copenhagen menggesa kerajaan Denmark menghentikan penerbitan buku Rose itu, yang memaparkan 12 kartun anti-Islam.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OICkutukkartunhinanabidisiarlagi/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
Felda Yakin Pelaburan Di Makkah Untung FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitk...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Penulis blog “ idristalu.blogspot.com ” mengucapkan “ Selamat Menyambut Hari Raya AidilFit...
-
Arkib 2012/06/23 KUALA KANGSAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini melahirkan rasa bangga...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 30 Oktober 2010. Oleh NAZERI NONG SAMAH, pengarang@utusan.com.my Allahyarham cikgu Ibrahim Omar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan