TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 25 September 2012

STESEN PEMANCAR TELEKOMUNIKASI GUNUNG BRINCHANG



إدريس تالو
Idris Talu 
 Gunung Brinchang dilihat dari Kea Farm.


Stesen pemancar Gunung Brinchang, terletak di puncak Gunung Brinchang yang berketinggian 6,666 kaki dari paras laut.

Stesen pemancar milik sebuah syarikat telekomunikasi ini terletak di sempadan Pahang dan Perak.

Sebelum perhubungan telekomunikasi di Semenanjung Tanah Melayu berkeadaan baik seperti sekarang, Gunung Brinchang pernah menjadi stesen pengulang (repeater station) untuk ke stesen Bukit Bakar di Kelantan.

Ketika itu, perhubungan telekomunikasi antara Pantai Barat Semenanjung dengan Kelantan bergantung dengan keadaan cuaca antara Gunung Brinchang dan Bukit Bakar.

Kini perhubungan tersebut telah diambilalih oleh rangkaian fibre dan mikero melalui Ulu Kali (Genting Highlands) ke Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu terus ke Kota Bharu.

Terdapat juga rangkaian fibre dari Gerik melalui Banding ke Jeli dan Kota Bharu.




 

Isnin, 24 September 2012

MELAYAN KERENAH CUCU

Idris Talu.

Beginilah agaknya rungutan cucu penulis blog ini ketika melayan paksunya semasa sesi bergambar.


TERMINAL AMAN JAYA, MERU RAYA, IPOH

Idris Talu

Peta lokasi Terminal Aman Jaya di Meru Raya, Ipoh.


Ahad, 23 September 2012

TERMINAL AMANJAYA MERU RAYA BEROPERASI 25 SEPTEMBER 2012



Wartawan Sinar Harian
23 September 2012 
 Terminal Amanjaya di Meru Raya, Ipoh. 

IPOH – Terminal bas baru Meru Raya yang bernilai RM140 juta bakal memulakan operasi pada 25 September ini setelah siap sepenuhnya.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, terminal bas yang juga dikenali sebagai Terminal Amanjaya bukan sahaja menyediakan pengangkutan awam malah dilengkapi dengan kemudahan hotel bajet, kedai makanan, tempat rekreasi dan kiosk.


Menurutnya, terminal bas ini berkonsepkan lapangan terbang yang mana bas akan menurunkan penumpang di lobi ketibaan di tingkat satu manakala penumpang yang akan menaiki bas ditempatkan di tingkat bawah bagi mengelakkan kesesakan.

“Bagi petunjuk prestasi utama (KPI) dari segi pengangkutan awam, saya yakin ia menepati ciri KPI yang hendak kita capai. Jadi, saya berharap penumpang dan sesiapa sahaja dapat menggunakan terminal ini sebaiknya,” katanya ketika sidang media sempena lawatan ke terminal bas itu, kelmarin.

Tambahnya, sehingga kini, sebanyak 58 syarikat pengusaha bas bersetuju untuk beroperasi di terminal itu.

Sementara itu, Pengurus Eksekutif The Combine Bus, Mohamad Mat Isa berkata, terminal yang juga di bawah Unit Kerjasama Awam dan Swasta (Ukas) ini turut menjadi salah satu  daripada 11 ‘touch point’ dalam negara ini.

Mohamad berkata, terdapat 60 kaunter tiket bas manakala tujuh kaunter e-Ticketing yang  memudahkan pengguna untuk membeli tiket bas, mengetahui bas yang akan dinaiki dan melihat jadual perjalanan secara 'online'.


“Terminal ini boleh memuatkan 2,000 orang dan dianggarkan 300 orang dalam satu-satu masa selain menyediakan 400 tempat letak kereta," katanya.



CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran