Oleh Wartawan Utusan : NIZAM YATIM , nizam.yatim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.
Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38.
“Langkah ini salah satu daripada enam inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan rakyat kurang berkemampuan mendapat kemudahan jalur lebar,” katanya. Beliau berucap melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini malam ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Kumpulan TM, Datuk Halim Shafie.
Pada majlis itu, Najib turut memperkenalkan UniFi iaitu jenama baru bagi perkhidmatan HSBB TM. Najib juga mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berada di Kota Samarahan.
Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.
HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu. Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.
Pada fasa pertama mulai esok, kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 19 Oktober 2010. KUCHING 18 Okt. - Seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang ...
-
إدريس تالو Idris Talu Buah rokam - flacourtia inermis yang masih muda . Rokam - flacourtia inermis Nama Saintifikn...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
Tempat Berehat Tumpuan Pelancong By Idris Talu Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam s...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
Oleh Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Tarikh siar -2010/12/24 PROFESOR dalam bahasa Latin bermaksud seseorang yang menguasai sesuatu ilmu sama ad...
-
ARKIB : 09/02/2012 Ditulis oleh - Oleh HASHIM P. MAMAT utusanutara@utusan.com.my KUALA KANGSAR 8 Feb. Sungguhpun pepa...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan