Penulis : METRA SYAHRIL MOHAMED,
metra.mohamed@utusan.com.my
Sumber: Utusan Malaysia Online.
MENGISAHKAN kehidupan seorang anak Minang dari daerah Pariaman di Padang, Sumatera bernama Buyung, teater muzikal Teratak Minang yang bakal dipentaskan bermula 16 April ini bakal menyemarakkan lagi seni budaya serumpun Malaysia-Indonesia.
Biarpun hubungan antara kedua-dua negara pernah beberapa kali diwarnai hubungan dingin, ia tidak menjadi momokan buat Global Network Entertainment (GNE) untuk meneruskan pementasan yang diarahkan oleh Lokman Ghani itu.
Malah, apa yang menarik Teratak Minang bukan hanya menampilkan barisan tenaga kerja dan selebriti tempatan kerana ia turut menerbangkan beberapa warga seni dari Indonesia untuk menjayakan pementasan teater berkenaan.
Mereka ialah Hengky Zubir yang memegang watak sebagai Buyung, Putri Nadia Rosadi (Siti Nurba'yah) di samping barisan penari Sofyani Dance Group.
Penyanyi Indonesia yang ditampilkan sempena pementasan itu pula Eddy Silitonga dan Elly Kassim. Elly Kassim mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak 1961 dan antara lagu popularnya adalah Ayam Den Lapeh, Badinding, Bapisah Bukan Bacarai dan Baju Kuruang.
Di pihak Malaysia, Teratak Minang mengetengahkan pelakon seperti Razali Hussin, Leez AF, Ebby Yus, Siti Rokhaida, Datin Rosnani Jamil dan Razali Buyung.
Bagi yang mengenali dan meminati si pelontar vokal untuk lagu Apo Kono Eh Jang iaitu Mastura dan Ally Noor pula, Teratak Minang tidak lupa untuk meletakkan nama mereka dalam senarai yang akan menjayakan pementasan.
Bagi Leez yang lahir menerusi Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Teratak Minang merupakan teater kedua lakonannya selepas Sri Mersing. Menurutnya, watak yang diberikan iaitu sebagai Siti Nurhalisa dilihatnya tidak terlalu sukar untuk dibawakan.
Namun, apa yang menyukarkan apabila diminta untuk bertutur dalam dialek Minang.
"Ia merupakan cabaran buat saya. Mujur ada abang Ebby (Ebby Yus) dan Mak Nani (Rosnani Jamil) yang membantu dan mengajar saya dialek tersebut.
"Untuk pementasan, kami sebenarnya sudah memulakan latihan sejak 11 Mac lalu. Pada masa sama, saya punyai tanggungjawab dalam pementasan Sri Mersing.
"Saya suka berlakon teater kerana ia membuatkan jadual kerja saya tersusun dan mampu menguatkan lagi kualiti lakonan,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran teater muzikal Teratak Minang di Lambang Sari, IB baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani; Pengarah Urusan GNE, Zaharudin Abdul Wahab atau Den Wahab dan barisan produksi dan tenaga pelakon Teratak Minang.
Menceritakan wataknya, kata Leez, Siti Nurhalisa merupakan gadis Minang dari Negeri Sembilan dan merupakan anak kepada Mak Nani.
Mengenai lakonannya bersama barisan artis senior, Leez berkata, ia adalah satu bonus buatnya kerana dapat memperoleh banyak ilmu dalam lakonan daripada mereka.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 30 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Buku "Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu". Buku ini ditulis oleh Prof. Dr. Kang Kyoung Seock, dari...
-
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Penulis blog “ idristalu.blogspot.com ” mengucapkan “ Selamat Menyambut Hari Raya AidilFit...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Ismail Talu Jalan yang dilalui oleh seseorang itu untuk terus hidup, tidak semuanya sama. Ada yang menempuh jalan yang mudah dan te...
-
By Idris Ismail Talu Pembinaan rel bekembar untuk laluan keretapi letrik dari Ipoh ke Padang Besar di Perlis sedang giat dilaksanakan. Peroj...
-
By Idris Ismail Talu Pokok seringan? Pokok apa itu? Begitulah agaknya pertanyaan di kepala pembaca blog ini. Ya, mungkin disebabkan oleh ter...
-
By Idris Ismail Talu Pada musim kering dan panas begini - yang dijangkakan akan berakhir sekitar bulan May nanti, alangkah enaknya di waktu ...
2 ulasan:
Sdr Idris, saya gembira sdr mengikuti perbincangan saya tentang Kajian Lembah Bama yang merupakan Pusat Tamadun Melayu yang tertua didunia.Ini dibuktikan oleh juga oleh Prof Dr Wan Hashim yang mengatakan alam Melayu adalah tempat asal bangsa Melayu hanya beliau tidak menyatakan dimana.Saya lebih tegas lagi ianya diLembah Bama,Kuala Lipis,Pahang.Saya juga sedang mempertahankan hujah saya yang menentang Dr Uli Kozok dari Jerman yang mengatakan naskhah undang-undang tanjung tanah diMinangkabau sebagai naskhah yang tertu diNusantara.Saya sedang menyelongkar perpustakaan Berlin dan menemuai buktinya sekarang dan teori itu boleh ditolak.
Dr Aminudin
Dr Aminudin,
Penyelidikan tentang sejarah kita masih banyak yang perlu dilakukan secara yang teratur semoga sejarah rantau ini dapat diketahui oleh semua warga kita.
Kajian-kajian ilmiah amatlah diperlukan untuk mencari dan menggali maklumat-maklumat yang mungkin kita belum temui.
Catat Ulasan