TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 3 November 2010

Hillary Clinton tamatkan lawatan tiga hari ke Malaysia

Sumber: Utusan Malaysia Online.
03/11/2010 3:57pm


PETALING JAYA 3 Nov. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton hari ini menamatkan lawatan rasmi tiga ke Malaysia, dengan memuji dinamisme ekonomi Malaysia dalam mewujudkan banyak kesan limpahan yang positif.


"Apa yang telah anda lakukan di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh dinamisme ekonomi dan segala-galanya yang dapat saya saksikan semasa berkereta di sekitar Kuala Lumpur adalah apa yang sebenarnya kita harapkan dalam lingkungan yang lebih luas.

"Anda mewujudkan pekerjaan yang baik, meningkatkan pendapatan dan menambah baik kehidupan penduduk miskin, yang kini mempunyai peluang untuk memenuhi impian mereka,” kata Clinton.



Beliau bercakap pada pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, sebelum berlepas ke Papua New Guinea.

"Satu daripada matlamat paling penting yang kita kongsi bersama ialah untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi serta menyebar luas kemakmuran di Malaysia dan merentasi rantau Asia Pasifik,” katanya.


Antara yang hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada Clinton ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Abdul Majid dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Azmil Zaharuddin.

Semasa di berada di negara ini, Clinton mengadakan beberapa pertemuan yang membuahkan hasil dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Selain Malaysia, Clinton juga turut mengadakan lawatan ke beberapa negara Asia lain termasuk Vietnam, China dan Kemboja. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran