Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 08 November 2010.
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Muhamad Fairoz Azizan, bhnews@bharian.com.my
38 pelajar perubatan jalani latihan praktikal, klinikal kekal di Yogyakarta
SUBANG: Seramai 401 rakyat Malaysia termasuk 378 pelajar di Yogyakarta yang terjejas akibat letusan Gunung Merapi di Indonesia, selamat tiba di tanah air malam tadi dengan tiga pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pelajar dan rakyat Malaysia yang kelihatan letih itu tiba jam 7.55 malam di Pangkalan Udara TUDM Subang dengan disambut Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay serta ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka menerusi penerbangan ihsan itu sejak petang semalam. Semua pelajar yang dibawa pulang itu adalah penuntut di empat institusi pengajian tinggi di Yogyakarta iaitu Universiti Gajah Mada, Institusi Seni Indonesia, Poli Seni dan pelajar tahfiz di Pesantren, Magelang yang diberikan cuti sehingga 13 November ini.
Kohilan berkata, seramai 38 pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Gajah Mada masih berada di Yogyakarta yang sudah diselaputi debu daripada letusan terkuat Gunung Merapi, Jumaat lalu.
Katanya, pelajar terbabit mengambil keputusan untuk terus tinggal di wilayah itu kerana sedang menjalani latihan praktikal dan klinikal di beberapa hospital termasuk membantu pesakit dan mangsa akibat bencana.
“Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus memantau perkembangan mereka dan akan sentiasa memberikan nasihat termasuk membawa mereka pulang jika keadaan bertambah buruk,” katanya.
Kohilan berkata, kerajaan mengambil keputusan membawa pulang pelajar Malaysia di Yogyakarta selepas debu akibat letusan itu sampai ke kawasan berkenaan walaupun ia terletak 30 kilometer dari Gunung Merapi.
“Operasi pemindahan dan membawa pulang pelajar dari Yogyakarta dibuat selepas letusan terkuat Khamis lalu yang mengakibatkan ramai mangsa terbunuh.
“Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia memberitahu kawasan tidak selamat dalam lingkungan 20 kilometer dari Gunung Merapi, selepas Yogyakarta yang terletak 30 kilometer dari kawasan itu turut terjejas, kita mengambil keputusan membawa pulang pelajar,” katanya.
Source: Berita Harian Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh siar: 20 September 2010. 1,400 guna khidmat ETS Ipoh-KL setiap hari. KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sejak m...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan