TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 16 April 2010

Kantan @ Kincung @ Honje Putih

By Idris Ismail Talu

Kantan @ kincung @ honje, merupakan sejenis bunga yang mempunyai pelbagai nama mengikut daerah ianya tumbuh. Di Semenanjung, biasa disebut kantan, sementara di Sumatra, ianya disebut sebagai kincung atau kincuang. Di Sunda pula ianya dipanggil honje.



Bunga kantan putih yang baru kembang.



Kantan digemari ramai kerana rasa masamnya yang eksotik. Menjadi perencah utama di dalam kuah laksa asam. Dipotong nipis-nipis sebagai ulaman dalam makanan nasi ulam yang disukai ramai di Pantai Timur.

Bunga kantan yang telah menjadi buah.



Di Thailand, kantan (ขิงดอกไม้ตูม) juga digemari untuk membuat kerabu.

©idrisismailtalu@2010

6 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Tuan Haji,

Saya belum tertengok yang putih.

Bunga kantan merah direncah dengan gulai masam tempoyak, pedas pulak sikit, ilir air mata...

Idris Talu berkata...

Tuan Haji Hashim

Kawan jumpa di Taman Herba di Batu Gajah (milik Jabatan Pertanian Perak). Kawan tengok pokok kantan, buah kantan, sama je, yang berbeza cuma warna bunga saja.

Menurut yang bekerja di taman tu, rasanya sama je. Anugerah Tuhan kepada kita terlalu banyak, cuma kita kena rajin mencarinya. Kawan dok tengah cari cara nak buat belimbing buluh kering hok hitam tu.

hai berkata...

salam,
pertama kali tgk kantan putih...
untuk membuat belimbing buluh tu,caranya masakkan belimbing tu bersama garam...saya x penah buat,cuma ada sukatan garam mengikut banyak belimbing tu...pastu kena masak gunakan tin susu tepung ke gitu atau apa2 bekas ...yang boleh di buangkan lepas guna sebab air yg keluar dari belimbing tu akan menghitamkan bekas tu nanti...masak sampai kering air dari belimbing tu...ada kawan plak citer,masa dia gi ke aceh org disana hanya menggaulkan belimbing tu dgn garam dan dijemur hingga hitam dan kering!!

Idris Talu berkata...

@Hai - Wa'alaikumussalam,

Terima kasih atas cara atau kiat nak buat asam belimbing kering. Elok kita belajar cara nak buat tahan lama untuk buah-buahan kita. Tengok Thailand, jantung pisang dia eksport sampai ke USA.

Terima kasih, sudi bertandang ke teratak saya.

Adry@Daun berkata...

Salam en. idris, sy blm pernah tgk kantan warna putih ni.Buah kantan yg ni blh mkn tak?Buah kantan yg bunga wrna pink tu rasa msm manis.

Idris Talu berkata...

Adry - Wa'alaikumussalam,

Sama Adry - rasanya sama, cuma masa berbunga saja dia putih.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran