Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/10/21
PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) menjelaskan pemandu bas Nadi Putra yang dilaporkan memadu asmara bersama seorang wanita berhampiran Hospital Putrajaya dalam Sentral, Khamis minggu lalu sebenarnya adalah pasangan suami isteri.
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat, dalam satu kenyataan mengakui tindakan pemandu terbabit berdua-duaan dengan isterinya di tempat yang terpencil sememangnya kurang sesuai kerana boleh menimbulkan syak wasangka orang awam.
“Sehubungan itu, semua pemandu Nadi Putra diingatkan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka walaupun dalam kes ini, pemandu terbabit dan isterinya berehat di lokasi itu pada waktu rehat beliau antara jam 6.30 dan 7.15 petang, untuk berbuka puasa bersama.
“Pemandu bas itu bertugas di laluan 501 dan pada hari berkenaan, beliau serta isterinya yang berpuasa pada awalnya bercadang berbuka di Putrajaya Sentral dengan makanan yang dibawa dari rumah mereka.
“Bagaimanapun, tempat meletak kenderaan penuh pada hari itu dan pemandu terbabit membawa bas ke bulatan berdekatan Hospital Putrajaya yang sememangnya tempat alternatif lazim bagi bas Nadi Putra yang menunggu giliran masing-masing untuk masuk ke Putrajaya Sentral,” katanya.
Khamis lalu, Sentral menyiarkan gambar dan berita mengenai perbuatan seorang pemandu bas awam memadu asmara bersama pasangannya di sebuah kawasan sunyi berdekatan Hospital Putrajaya dengan berselindung di sebalik bas yang diletak di tempat awam.
Wartawan Sentral membuat tinjauan di lokasi terbabit selepas menerima maklumat daripada beberapa penduduk setempat yang rimas melihat perbuatan pasangan terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.
Mereka juga menganggap perbuatan itu boleh mencemarkan nama Putrajaya walaupun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sering mengadakan operasi.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
Keindahan alam semula jadi ciptaan Allah Ta'ala cukup indah dan menawan hati setiap insan seni yang tahu menikmati anugerah Illahi itu. ...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Penulis : Mohd Kamil Yusuff TULISAN jawi bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia telah bertapak lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu B...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Talu Pagi Sabtu, biasanya penulis dan isteri ke Pasar Tani, mencari sayuran dan buah-buahan kampong yang tidak boleh diperolehi d...
2 ulasan:
tuan Haji,salam...
Lama tak sembang. Tak sibuk ke bulan Nov.& Dis ni tuan haji. Ah! orang kawin kok!.
Walau bagaimana pun kakitangan JAWI yang bersusah payah memerangkap sepasang suami isteri yang sedang berbuka puasa ( berbuka cara Arab?!!!) elaunnya tetap penuh...
Tuan Haji Hashim di Lepih,
Wa'alaikumussalam wr wb, Agak sebok juga Tuan Haji, mungkin awal Disember nanti baru lega sikit.
Begitulah kehidupan rakyat marhein Tuan Haji, nak berbuka dengan suami sendiri pun dipandang serong, sebaliknya yang kaya raya, nak makan dengan siapa, di mana, ketika mana pun, tiada siapa yang kisahkan.
Catat Ulasan