TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 9 Disember 2013

Ph.D, SARJANA DIBERI INSENTIF



KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana akan diberikan insentif melalui penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemberian insentif itu meliputi 33 skim perkhidmatan yang memperuntukkan kelayakan tersebut.

Skim tersebut katanya, termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidik, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

"Bagi pegawai yang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan yang kemudiannya memperoleh Ph.D atau sarjana, kerajaan juga memberi insentif hadiah kenaikan gaji (HKG), khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar berhubung insentif khas terutama kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat Ph.D dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Mengulas lanjut, Razali berkata, bagi urusan kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai berdasarkan merit.

Menurutnya, pegawai yang mempunyai Ph.D mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

Kata beliau, sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan, pegawai dinaikkan pangkat melalui laluan cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk Ph.D dan pengalaman dimiliki.

"Kewajaran yang diberikan adalah sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan," ujarnya.

Sumber Artikel Penuh Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131210/pa_01/PhD-sarjana-diberi-insentif#ixzz2n2KC5pGM

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran