TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 13 Disember 2012

Pesara dapat durian runtuh 17 Disember ini



KUALA LUMPUR 13 Dis. - Bayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500 kepada para pesara kerajaan akan dibuat pada 17 Disember ini.

Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut bayaran berkenaan mulai 17 Disember ini manakala Bayaran Khas Pesara akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B iaitu mereka yang tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 18 hingga 31 Disember 2012 juga boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember ini.

Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan," demikian menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pembayaran itu boleh menghubungi talian 03-88854906/4475/4476/4477/4478. - UTUSAN

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran