TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 10 Disember 2012

Mufti Perak kesal ruang khutbah di salah guna



ISMANIZA AHMAD – Sinar harian
10 Disember 2012 

IPOH -  Penggunaan mimbar khutbah untuk tujuan yang tidak sepatutnya, termasuk sebagai medan menabur fitnah dianggap sebagai perkara menyedihkan serta amat dikesali.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya terjadi kerana khatib sepatutnya mengumpulkan semua orang untuk mengingatkan perihal hari kemudan (Akhirat).

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam agar jangan berpecah serta memberi peringatan tentang ancaman Israel ke atas dunia Islam.

"Kita sebagai umat Islam jangan berpecah belah. Seorang pemimpin Israel pernah berkata, selagi Solat Subuh berjemaah tidak seramai Solat Jumaat, mereka tidak perlu takut.

"Tetapi, jika perkara itu terjadi, umat Islam sudah sebulat hati berjuang kerana ALLAH. Jadi bersatu padulah demi perpaduan ummah," katanya ketika merasmikan Surau Rafeah, Meru Perdana, di sini, semalam.

Hadir sama, Wakil Pengerusi MK Land, Azmil Khuzaid Zakaria dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan MK Land, Kamarulzaman Abu Bakar.

Menyentuh mengenai peranan masjid, beliau menegaskan bahawa masjid bukan hanya dibina untuk menunjukkan kecantikan atau keunikan, tetapi pengisian serta kehadiran masyarakat untuk mengimarahkan masjid lebih diutamakan.

Katanya, masyarakat hari ini tidak merasakan masji atau surau itu milik mereka kerana dibina oleh kerajaan dan mereka akan mohon bantuan kerajaan untuk membaiki segala kerosakan.

"Keadaan berbeza pada zaman penjajahan dahulu yang mana orang ramai bertungkus lumus mengutip dana untuk membina masjid dan mewakafkannya.

"Nabi Muhammad Saw pernah bersabda yang bermaksud; akan sampai satu ketika di mana Islam hanya tinggal pada nama, agama hanya tinggal lambang, al-Quran hanya tinggal lagunya. Berlumba-lumba mereka membina masjid tetapi kosong dari mengingati ALLAH SWT," tambahnya.

Tegas beliau, ia merupakan antara tanda akhir zaman dan berlaku di seluruh dunia yang semua berkejaran untuk membina masjid tercantik serta terbesar tetapi tidak langsung membentuk tanggungjawab dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu, Kamarulzaman memaklumkan surau bernilai hampir RM500,000 itu dibina dengan keunikan tersendiri menggunakan ciri-ciri 'green features building' dengan kubah lut-sinar bagi pencahayaan dan pengudaraan maksima.

"Ia turut mengaplikasi sistem tadahan ari hujan untuk kegunaan tandas serta terletak di kawasan seluas 0.1 hektar, dapat memuatkan 180 jemaah dan mampu menampung 270 jemaah semasa solat tarawih solat hari raya," katanya.

 

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran