TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 16 Disember 2012

Pucuk Ubi Kayu

Pucuk ubi kayu @ pucuak parancih.

Pucuk ubi kayu telah menjadi sajian masyarakat kita sejak zaman berzaman. Di Minangkabau, pucuk ini dikenali sebagai “pucuak parancih” (= pucuk perancis).

Masyarakat kita paling gemar merebusnya dan dimakan dengan nasi bertemankan sambal lada, samada bercampur isi ikan bakar atau tempoyak. Di Kelantan, rebusan pucuk ubi ini dimakan dengan budu.

Ada juga yang gemar membuat gulai lemak pucuk ubi bersantan pekat, bertemankan ikan bilis atau tulang ikan masin. Selalu juga ianya dimasak gulai tempoyak bercampur dengan petai.

Kepada peminat kerabu, pucuk ubi kayu rebus sering dibuat kerabu – terutamanya di dalam bulan Ramadhan.

Walaupun digemari ramai, ada pihak yang menyatakan bahawa pucuk ubi kayu ini ada mengandungi sianida, bahan kimia yang boleh mengganggu kesihatan badan jika dimakan berterusan.

Dikatakan juga, untuk mengurang kadar bahan sianida ini, seeloknya pucuk ubi kayu ini dibersihkan dahulu, selepas itu dipotong-potong dan direndam di dalam air bersih, supaya bahan kimia tersebut dapat keluar dan terlarut di dalam air itu.

Selepas itu, barulah pucuk ubi kayu ini diolah untuk dijadikan makanan.

2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

memang suka sgt dengan pucuk ubi.. tp memang betul tak boleh ambil terlalu kerap.. org tua2 kata byk angin.. hehe.. bahasa sainsnya sianida ye... lain kali kena ikut petua yg tuan kongsikan sebelum direbus.. t.kasih ye...

NurTernak Enterprise berkata...

kambing pun suka makan..kena jemur dulu pada panas matahari dua tiga hari..

kalau skit takpe la..

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran