TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 5 Oktober 2012

UTC PERAK DIJANGKA BEROPERASI DISEMBER.



Wartawan Sinar Harian
5 Oktober 2012


Wartawan Sinar Harian
5 Oktober 2012

IPOH – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) ketiga negara, di Pasar Besar Ipoh, di sini, dijangka dapat beroperasi selewat-lewatnya Disember depan.

Beliau berkata, hasil perbincangan pihak kementerian bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kerja pengubahsuaian bangunan berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua minggu ini, sebelum ia dapat  beroperasi sepenuhnya.

"53 agensi kerajaan pusat dan negeri akan ditempatkan di UTC itu bagi memenuhi keperluan rakyat. MBI akan sediakan pelan bangunan sebelum dimuktamadkan dan berbanding dua bangunan UTC sebelum ini, UTC ketiga hanya satu tingkat. Ia lebih memudahkan orang ramai berkunjung ke situ.

Dalam pada itu, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan, kerajaan sedang merancang untuk membina beberapa UTC lagi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, perancangan itu berdasarkan kesediaan bangunan kosong yang tidak membabitkan kos tinggi untuk pengubahsuaian, selaras dengan strategi lautan biru.

"Kita tidak akan bina bangunan baru untuk tujuan UTC. Jika ada bangunan bersesuaian, kita akan buat secepat mungkin," katanya ketika mengadakan lawatan ke Pasar Besar Ipoh, di sini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni berkata, di bawah peruntukan RM200 juta, Kerajaan Pusat akan melaksanakan transformasi membabitkan komuniti luar bandar dan bandar melalui gabungan peranan UTC dengan  Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Menurutnya, langkah itu juga dilihat satu langkah proaktif bagi menyekat penghijrahan generasi muda dari kawasan luar bandar meninggalkan kampung mereka.

Selepas pelaksanaan UTC di Melaka dan Kuala Lumpur, Ipoh telah dipilih sebagai pusat ketiga negara yang dikenali sebagai UTC Perak.



Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran