TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 21 Oktober 2012

6 RIBU HEKTAR PETAI BELALANG BAKAL DITUAI.



ARKIB : 28/09/2012
 Petai belalang

MARANG 27 Sept. - Pokok petai belalang yang banyak memenuhi kira-kira 6,000 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mercang dekat sini, bakal dituai bagi memenuhi keperluan awal sumber biojisim apabila Kompleks Biopenapisan di Taman Bio Polimer Kertih beroperasi kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, untuk tempoh dua tahun pertama, jumlah pokok yang tumbuh meliar di situ dijangka mencukupi, sementara menantikan hasil tanaman secara perladangan digerakkan dengan turut menarik penglibatan masyarakat.

"HSK Mercang mempunyai kawasan seluas 9,000 hektar dan kita yakin dengan sebahagian lagi yang masih dipenuhi dengan pokok petai belalang dapat memenuhi keperluan kilang-kilang di Kertih kelak.

"Selain itu, untuk peringkat awal ini juga, beberapa kawasan lain akan ditanam dengan tiga jenis petai belalang iaitu dari tempatan, Thailand dan Australia bagi melihat jenis yang mana bakal memberi pulangan yang lebih menguntungkan untuk kita terus usahakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan penanaman petai belalang di HSK Mercang dekat sini hari ini.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw, Pengarah Perhutanan negeri, Azmi Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Kompleks Biopenapisan yang bakal menjadi pusat pengoperasian bioteknologi terbesar di rantau Asia itu dijangka mula beroperasi pada 2014.

Pembangunan industri berasaskan bioteknologi itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri dengan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) dan NSE Resources Corporation Sdn. Bhd. (NSERC) yang dijangka dapat menarik pelaburan sehingga RM7 bilion menjelang 2015.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran