Oleh Shamsul Kamal Amarudin, shaka@bharian.com.my
Arkib: 2011/09/06
Jaipur National University bakal buka kampus cawangan di Perak
IPOH: Jaipur National University, antara universiti terkemuka di India, bakal membuka kampus cawangannya di Perak membabitkan pelaburan awal bernilai AS$50 juta (RM145 juta).
Kampus berkenaan yang akan menawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, bioteknologi, kejururawatan dan hospitaliti dijangka dibangunkan di kawasan segitiga pendidikan Perak di jajaran Ipoh-Kampar-Seri Iskandar.
Canselor yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan universiti itu, Sandeep Bakshi, berkata kemasukan pertama pelajar antara 800 hingga 1,000 orang merangkumi pelajar tempatan dan antarabangsa di kampus sementara yang akan diputuskan sebelum akhir tahun ini.
“Beberapa perbincangan lanjut akan diadakan dengan kerajaan negeri selepas ini. Kami berhasrat ingin membina kampus tetap di Perak kerana yakin dengan potensi yang ada di sini serta kerjasama dan sokongan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perak Educity, di sini, semalam.
Memorandum itu ditandatangani antara Sandeep dengan Pengarah Perak Educity, Abd Latif Abd Ghani yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Zahir Khalid; Pengerusi Perak Educity, Datuk Abdul Rashid Ghani serta Pro Naib Canselor Jaipur National University, Prof H N Verma.
Sementara itu, Zambry berkata, pemeteraian MoU itu adalah sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk memperkembang pelaburan tenaga profesional bagi keperluan pelbagai sektor industri dan perkhidmatan di negeri ini.
“Justeru, kita mengharapkan lebih ramai pakar akademik serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) datang ke Perak bagi memenuhi keperluan itu selain menjadikan Perak antara hub pendidikan yang terulung di negara ini,” katanya.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan