TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 25 September 2011
Rektor Universiti Teknologi Mara Sarawak Prof Dr Jamil Hamali antara yang dianugerahkan gelaran Datuk
KUCHING 24 Sept. — Temenggong Kanang anak Langkau, 67, merupakan antara mereka yang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.
Kanang berkata, penganugerahan itu merupakan satu penghormatan kepada seorang pegawai rendah tentera sepertinya.
"Ia bukannya satu penganugerahan untuk diri sendiri sebaliknya untuk seluruh pegawai rendah seperti saya yang sanggup berjuang dan berkorban untuk negara," katanya ketika ditemui selepas istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran sempena sambutan ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Kanang berkata, beliau terharu dengan pengurniaan itu dan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta rakan-rakan seperjuangan lain sama-sama berjuang dan berkorban untuk mempertahankan keselamatan negara.
Kanang yang menerima pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa daripada Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1981, mula berkhidmat dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker pada 1962 dan jawatan terakhirnya dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Waran 1 sebelum bersara pada 1986.
Pada istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran itu, Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nasar yang menerima darjah Bintang Kenyalang Sarawak dengan gelaran Datuk Amar mendahului senarai 909 penerima pingat dan darjah kebesaran negeri.
Selain Kanang, turut menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah; Menteri Muda Kemudahan Awam, Syelvester Entri Muran; Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Naroden Majais; Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong Dagang; ADUN Tarat, Roland Sagah Wee Inn; Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap dan Brigedier Jeneral Stephen Mundaw.
Dua orang menerima darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran Datu iaitu Pengarah Perbendaharaan Persekutuan Sarawak, Jabidah Monseri dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Mahamed Ali Mohd. Sheriff.
Seramai 13 lagi menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran antaranya ialah Datuk iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Rhodzariah Bujang; Rektor Universiti Teknologi Mara Sarawak Prof Dr Jamil Hamali; Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Mohammad Medan Abdullah; Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Datin Janet Lau Ung Mie dan pakar bedah kardiotorasik Pusat Perubatan Pakar Normah, Dr. Liew Wee Lik.
; Presiden Persatuan Melanau Miri Alexander Maiyor; Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, Mohamad Sais Ahmad; Presiden Persatuan Melayu Miri, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman; bekas ADUN Lambir, Usop Wahap@Sani Wahap; Ketua Pegawai Eksekutif Sacofa Sdn. Bhd., Abang Jemat Abang Bujang; bekas Pengarah Penjara Sarawak, Abang Talhata Abang Hazemi; ahli perniagaan, Koh Yaw Hui dan Datin Rugayah Abdul Majid.
Naib Presiden dan juga Pengarah Urusan Hitachi Global Storage Technologies Seyed, Ali Dabier Moghaddam menerima darjah Panglima Setia Bintang Kenyalang Sarawak-Kehormat yang turut membawa kepada gelaran Datuk. — BERNAMA
Source: Utusan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
ادريس تالو Idris Talu Dikatakan diberi nama dahlia kerana mengambil nama seorang ahli botani berbangsa Sweeden yang bernama Anders Dahl. ...
-
Pantun Tentang Pinang Batang pinang akarnya licin, Batang cangkah akarnya mati; Orang bertunang bertukar cincin, Kalau berkasih bertukar ha...
-
By Idris Talu Agak lama tidak update foto yang berkaitan Taman Herba Perak. Kali ini penulis bawakan tentang pokok buas-buas atau sesete...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By MOHAMAD BAKRI DARUS This Malay delicacy is usually served at wedding feasts in Kedah. NOT many people are familiar with gulai batang pisa...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Gambar-Gambar Di Sekitar Mekah Sebagai kenangan selama beberapa hari di Mekah semasa mengerjaka...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...


1 ulasan:
Penulis blog ini mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Jamil Hamali, Rektor Universiti Teknologi MARA Sarawak , atas penganugerahan bintang kebesaran negeri Sarawak yang membawa gelaran Datuk.
Sarawak pasti merasa bangga dengan kejayaan Prof. yang telah berusaha keras untuk memajukan UiTM Sarawak yang secara keseluruhannya meningkatkan taraf pendidikan di negara yang kita cintai ini.
Tahniah Prof.
Idris Talu,
Ipoh.
Catat Ulasan